a
Akhirnya, datanglah suatu masa di mana Nabi S.A.W mengetahui bahawa dakwah Islam di Mekah telah mengalami penekanan yang luar biasa sehingga keadaan sangat tidak mendukung bagi kaum Muslim. Rasulullah S.A.W bergerak dengan dakwahnya. Lalu ALLAH S.W.T mewahyukan kepadanya agar baginda berhijrah.
Kemudian mulalah Nabi berhijrah di jalan ALLAH S.W.T setelah tiga belas tahun beliau di Mekah. Islam ingin membangun negaranya dan ingin menghilangkan pengepungan dan serangan kaum musyrik. Mula-mula terjadilah perubahan sedikit dalam keadaan kaum Muslim.
Rasulullah S.A.W keluar dalam musim haji untuk menunjukkan dirinya pada kabilah-kabilah Arab sebagaimana yang baginda lakukan pada setiap musim. Baginda berada di tempat yang bernama 'Aqabah, lalu beliau bertemu dengan jemaah dari Khazraj. Rasulullah S.A.W berkata kepada mereka, "siapa kalian?" Mereka menjawab: "Kami berasal dari kelompok Khazraj." Beliau berkata. "apakah kalian termasuk pembantu kaum Yahudi?" Mereka menjawab, "benar." Beliau berkata, "maukah kalian duduk bersama aku kerana aku ingin sedikit berbicara dengan kalian." Mereka menjawab: "Boleh." Kemudian mereka duduk bersama Nabi lalu beliau mengajak mereka untuk mengikuti agama ALLAH S.W.T.
Rasulullah S.A.W sedikit menceritakan Islam kepada mereka dan membacakan Al-Qur'an. Enam orang mendengarkan apa yang disampaikan oleh Nabi S.A.W. Setelah baginda selesai dari pembicaraannya, mereka membenarkannya dan beriman kepada baginda. Kemudian mereka menceritakan kepada Nabi S.A.W bahawa mereka meninggalkan kaumnya kerana kaum mereka terlibat peperangan dan kebencian. Mudah-mudahan ALLAH S.W.T mengumpulkan mereka dengan kedatangan Nabi S.A.W yang mulia ini. Mereka memberitahu Nabi S.A.W bahawa mereka akan menceritakan kepada kaumnya apa yang mereka dengar dari Nabi S.A.W dan akan mengajak mereka untuk memenuhi dakwah Nabi.
Keenamnya mereka tersebut adalah As'ad bin Zurara, Auf bin Haritha (Ibn Afra'), Raafi' bin Malik bin Ajlan, Quthah bin Amir bin Hadidah, Uqbah bin Amir, dan Jabir bin Adullah bin Riab. Pertemuan mereka terjadi di bukit Aqabah.
Keenam lelaki itu kembali ke kota Madinah yang berubah namanya menjadi Madinah Munawarah yang sebelumnya ia bernama Yatsrib di zaman jahiliah. ALLAH S.W.T berkehendak untuk meneranginya dengan Islam. Para lelaki itu kembali ke Madinah dan mereka membawa Islam di hati mereka sehingga banyak orang yang masuk Islam.
Kemudian datanglah musim haji dan keluarlah dari Madinah dua belas orang lelaki dari orang-orang yang beriman yang di antara mereka terdapat enam orang yang Rasulullah S.A.W telah berdakwah kepada mereka pada musim yang dulu dan Nabi S.A.W menemui mereka di 'Aqabah. Kemudian Nabi melakukan solat pada mereka agar mereka mempertahankan keimanan dan membela dakwah kebenaran serta kemanusiaan.
Rasulullah S.A.W dan penduduk Yastrib mengadakan perjanjian untuk membantu Rasulullah S.A.W dalam menyebarkan agama Islam. Perjanjian ini dikenal dengan Perjanjian Aqabah I.
Perjanjian Aqabah I juga disebut dengan Baiatul Aqabah Al-Ula. Adapun, isi Perjanjian Aqabah I antara lain sebagai berikut:
1. Mereka menyatakan tidak akan menyekutukan ALLAH S.W.T.
2. Mereka menyatakan setia kepada Nabi Muhammad S.A.W.
3. Mereka menyatakan tidak akan melakukan perbuatan zina.
4. Mereka menyatakan tidak akan membunuh anak-anak.
5. Mereka menyatakan untuk tidak berbuat kebohongan dan kecurangan.
6. Mereka menyatakan tidak akan mencuri.
7. Mereka menyatakan rela berkorban harta dan jiwa.
8. Mereka bersedia ikut menyebarkan ajaran Islam yang dianutnya.
PERJANJIAN AQABAH KEDUA
Kaum lelaki itu kembali ke Madinah disertai salah seorang yang terpercaya dari tokoh Islam iaitu Mus'ab bin Umair di mana dia menjadi utusan Rasulullah S.A.W di Madinah dan dia mengajari manusia tentang agama mereka dan membacakan kepada mereka Al-Qur'an dan menyerukan kebenaran kepada manusia sehingga tersebarlah Islam di Madinah. Penduduk Madinah mulai bertanya-tanya, mengapa saudara-saudara kita kaum Muslim Mekah ditindas? Mengapa Rasul S.A.W keluar untuk berdakwah dan menyebarkan rahmat tetapi baginda justru mendapatkan angin kebencian? Sampai bilakah kita akan membiarkan Rasulullah S.A.W teraniaya dan terusir di Mekah?
Demikianlah, pergilah tujuh puluh orang ke Mekah, tujuh puluh orang dari penduduk Madinah Munawarah. Mereka pergi ke 'Aqabah dalam keadaan sendirian dan berkelompok-kelompok. Islam telah menghasilkan buah pertamanya dalam hati mereka sehingga hati mereka dipenuhi cinta kepada ALLAH S.W.T dan Rasul-Nya serta kaum Muslim. Penderitaan yang dialami kaum Muslim mempengaruhi jiwa mereka dan mencegah mereka dari mendapatkan kenikmatan tidur dan nikmatnya memakan dan nikmatnya kehidupan. Orang-orang yang baik itu datang dan berniat kepada Rasul S.A.W untuk membela beliau menolongnya dan melindunginya serta siap untuk mati di jalannya. Mereka datang setelah hati mereka diliputi oleh Islam dan mereka memberikan segala sesuatu untuk dakwah yang baru; mereka datang sebagai pencinta-pencinta kebenaran.
Kitab-kitab hadis yang suci meriwayatkan apa yang terjadi pada baiat 'Aqabah al-Kubra. Dalam kitab tersebut dikatakan bahawa Abbas Ibnu Abdul Muthalib datang bersama Nabi dan saat itu ia masih berada dalam agama kaumnya. Dia ingin menyelesaikan urusan anak saudaranya. Ketika dia duduk dan berbicara, dia mengatakan suatu pernyataan yang mengisyaratkan bahawa Muhammad S.A.W mendapatkan kemuliaan dari kaumnya dan kekuatan di negerinya tetapi dia enggan dan memilih untuk bergabung bersama kalian wahai penduduk Madinah. Jika kalian memenuhi janjinya dan melindunginya, maka ambillah dia, namun jika kalian khawatir jika suatu saat nanti akan mengkhianatinya, maka mulai dari sekarang biarkanlah dia di negerinya.
Kata-kata Abbas tersebut berasal dari fanatisme kesukuan dan ikatan darah keluarga namun penduduk Madinah tidak begitu peduli dengan kalimat Abbas itu kerana dia bukan termasuk dari agama mereka dan dia tidak mengetahui tingkat cinta kepada Rasulullah S.A.W yang mereka capai. Abbas bin Abdul Muthalib menunggu jawapan dari penduduk Madinah. Lalu mereka berkata kepadanya, "Kami telah mendengar apa yang engkau katakan, maka berbicaralah ya Rasulullah, ambillah untuk dirimu dan Tuhanmu apa saja yang engkau sukai."
Kita ingin mengamati jawapan sekelompok orang yang mukmin dari penduduk Madinah ini sehingga Rasulullah S.A.W berbicara. Jawapan yang dicari oleh Abbas bin Abu Muthalib tersembunyi dalam pernyataan Nabi. Demikianlah setelah Rasulullah S.A.W mengucapkan kalimatnya, maka tidak keluar penyataan apa pun. Cukup hanya Nabi yang berbicara dan mereka hanya mengamatinya. Mereka meminta kepada baginda agar mengambil pada dirinya dan Tuhannya apa saja yang beliau sukai; mereka merasa tidak memiliki apa-apa dan tidak memiliki keputusan. Nabi berbicara lalu baginda membaca Al-Qur'an dan mengajak ke jalan ALLAH S.W.T. Kemudian baginda berbicara tentang Islam dan baginda membaiat mereka agar membantu beliau sehingga mereka pun membaiat kepadanya. Demikianlah terjadinya baiat 'Aqabah al-Kubra.
Orang-orang yang terpilih oleh ALLAH S.W.T itu mengetahui bahawa sebentar lagi mereka akan diajak untuk mengangkat senjata: mereka diajak untuk mendapatkan kematian di bawah naungan pedang. Mereka menenangkan Rasulullah S.A.W bahawa beliau akan mendapati orang-orang yang sudah terlatih dalam peperangan kerana mereka mewarisi dari datuk-datuk mereka.
Salah seorang dari tujuh puluh orang itu menyebutkan masalah yang penting. Abul Haitsyam berkata: "Sesungguhnya di antara orang-orang Madinah dan Yahudi terdapat suatu tali ikatan, maka mereka boleh jadi akan memutuskannya lalu, apakah sikap yang harus kita ambil jika mereka lakukan hal itu dan memusuhi orang-orang Yahudi," kemudian ALLAH S.W.T menolong Nabi dan memenangkan atas kaumnya, lalu dia kembali kepada mereka dan meninggalkan mereka di bawah kasih sayang orang-orang Yahudi.
Perhatikanlah bahawa pertanyaan tersebut berkisar pada kecintaan kepada Nabi dan keinginan agar Nabi tetap bersama mereka selama perjalanan hari dan bulan. Masalah yang dituntut oleh Abbas bin Abdul Muthalib secara jelas adalah masalah perlindungan mereka kepada Nabi, di mana hal tersebut tidak lagi diperdebatkan oleh orang-orang yang terpilih dari penduduk Madinah. Namun masalah yang mereka inginkan adalah masalah perlindungan Nabi dan keberadaan Nabi bersama mereka di Madinah.
Nabi tersenyum dan baginda mengatakan kalimat-kalimat yang justru menekankan bahawa ikatan akidah lebih kuat daripada ikatan darah. Baginda berkata: "Tetapi darah adalah darah dan kehancuran adalah kehancuran. Aku dari kalian dan kalian dariku aku akan memerangi orang-orang yang kalian perangi dan aku akan berdamai dengan orang-orang yang kalian berdamai dengan mereka."
Pertemuan di bukit Aqabah untuk kedua kalinya disebut dengan Perjanjian Aqabah II. Berikut isi Perjanjian Aqabah II:
1. Taat kepada Allah dalam keadaan sibuk maupun waktu senggang.
2. Berinfak pada waktu kaya maupun miskin.
3. Selalu menegakkan amar ma'ruf nahi munkar.
4. Berjuang di jalan Allah dengan tegar dan siap menghadapi celaan dari siapapun.
5. Menolong Rasulullah SAW bila beliau datang kepada mereka dan melindungi Rasulullah sebagaimana mereka melindungi diri, istri, dan anak-anak mereka.
6. Jika mereka tepati, surgalah balasan bagi mereka.
Akhirnya, penduduk Madinah pergi dan kembali ke negeri mereka. Kemudian berita tentang baiat ini sampai ke telinga orang-orang Mekah dan para tokoh musyrik, lalu mereka justru menambah penekanan kepada Rasulullah S.A.W dan kaum Muslim.

Comments
Post a Comment