A
Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Nabi Muhammad S.A.W dari Mekkah ke Madinah. Apabila bercerita tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril dan Mikail
Firman ALLAH S.W.T:
سُبْحَـٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِۦ لَيْلًۭا مِّنَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ إِلَى ٱلْمَسْجِدِ ٱلْأَقْصَا ٱلَّذِى بَـٰرَكْنَا حَوْلَهُۥ لِنُرِيَهُۥ مِنْ ءَايَـٰتِنَآ ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْبَصِيرُ ١
“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1).
Peristiwa besar ini amat luar biasa yang dialami oleh Nabi S.A.W dan dianggap sebagai satu anugerah daripada ALLAH S.W.T. Ini sebagai tanda keagungan dan kebesaranNya. Dua keajaiban itu adalah ‘Israk’ dan ‘Mikraj’ yang berlaku hanya dalam satu malam.
Israk adalah perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa. Rasulullah telah melalui Israk dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestine.
Manakala Mikraj pula naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah. Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi merentas tujuh lapis langit hingga ke Sidratul Muntaha dan ke Mustawa.
Nabi Muhammad S.A.W dibawa oleh Malaikat Jibril AS dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan menunggang Buraq. Sebelum baginda memulakan perjalanannya, hati baginda dibersihkan oleh Malaikat Jibril AS dengan air suci Zam Zam. Sepanjang perjalanan apabila sampai tempat-tempat yang tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat.
Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa AS menerima wahyu daripada Allah.
Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa AS dilahirkan).
Semasa dalam perjalanan, baginda telah melalui pelbagai peristiwa antaranya ialah
- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W dibertahu oleh Jibrail : “Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.”
- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail : “Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak²nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada ALLAH S.W.T (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).”
- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah S.A.W: “Itulah orang² yang berat kepala mereka untuk sujud (solat).”
- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : “Itulah orang² yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.”
- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: “Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing² mempunyai isteri / suami.”
- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: “Itulah orang yang makan riba`.”
- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: “Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.”
- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: “Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.”
- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: “Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.”
- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: “Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.”
- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah ﷺ tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. “Jika Rasulullah ﷺ memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.”
- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah ﷺ berhenti. Rasulullah ﷺtidak menghiraukannya. Kata Jibrail: “Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.”
- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah ﷺ untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: “Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.”
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Nabi Muhammad S.A.W turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan solat dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Nabi Muhammad S.A.W terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bekas yang berisi arak dan susu. Rasulullah S.A.W memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: “Baginda S.A.W membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.”
(Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui ALLAH S.W.T):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Nabi Muhammad S.A.W dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
Di Tangga Pertama: Nabi Muhammad S.A.W dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang² yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
Di Tangga Kedua: Nabi Muhammad S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
Di Tangga Ketiga: Naik langit ketiga. Rasulullah S.A.W bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
Di Tangga Keempat: Naik tangga langit keempat. Rasulullah S.A.W bertemu dengan Nabi Idris A.S.
Di Tangga Kelima: Naik tangga langit kelima. Rasulullah S.A.W bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
Di Tangga Keenam: Naik tangga langit keenam. Nabi Muhammad S.A.W bertemu dengan Nabi². Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah S.A.W mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
Di Tangga Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W.
Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Dikau akan berjumapa dengan Allah S.W.T pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu:
“LAH HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH.”
Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu:
“SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-‘AZHIM.”
Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga.”
Setelah melihat beberapa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah S.A.W dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersolat (Baitul-Makmur ini betul² di atas Baitullah di Mekah).
Di Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun², batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata² yang indah. Unggas² emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda S.A.W dapat menyaksikan juga sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
Di Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
Di Tangga Kesepuluh: Rasulullah S.A.W sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan ALLAH S.W.T dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara ALLAH S.W.T dan Muhammad, Rasul-Nya:
ALLAH S.W.T: “Ya Muhammad!”
Nabi Muhammad S.A.W: “Labbaika.”
ALLAH S.W.T: “Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.”
Nabi Muhammad S.A.W : “Wahai Tuhanku! Dikau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Dikau berikan dia kerajaan yang besar. Dikau berkata-kata dengan Musa. Dikau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Dikau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Dikau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Dikau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Dikau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.”
ALLAH S.W.T: “Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (Surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat² di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji² Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) solat.”
Selepas selesai munajat, Nabi Muhammad S.A.W di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W merayu kepada ALLAH S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu solat itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya ALLAH S.W.T perkenan memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Nabi Muhammad S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama.
KISAH SETELAH PERISTIWA ISRAK MIKRAJ
Selepas Israk Mikraj, esok paginya Rasulullah S.A.W duduk di sekitar kaabah, dalam keadaan masih terkejut. Sedang nabi duduk, lalulah firaun umat ini iaitu Abu Jahal. Abu Jahal melihat wajah Rasulullah S.A.W dalam keadaan terkejut, macam ada sesuatu yg nak disampaikan. Abu Jahal minta Rasulullah S.A.W cerita. Bila dengar kisah ini, orang arab kata gila. Sebab kalau naik kuda yg paling hebat, Penunggang yg hebat, ambil masa sebulan dari Mekah ke Baitulmaqdis. Abu Jahal kata Rasulullah S.A.W gila.
Datang idea gila Abu Jahal, kalau semua orang arab dengar kisah ini, mesti mereka akan kata Nabi Muhammad S.A.W gila dan mereka tidak akan percaya nabi Muhammad S.A.W. Abu Jahal minta Rasulullah S.A.W cerita kepada penduduk Mekah dan Rasulullah S.A.W bersetuju. Rasulullah S.A.W dibawa Abu Jahal ke sebuah bukit nama Abi Qubais. Bukit ini dilarang sesiapapun untuk panjat. Boleh dihukum bunuh jika ditangkap panjat bukit ini. Hanya seorang hamba yg akan sampaikan berita saja dibenarkan naik bukit ini. Rasulullah S.A.W naik bukit bersama Abu Jahal, Abu Jahal umum nabi Muhammad S.A.W nak buat pengumuman, maka penduduk Mekah diminta keluar dan dengar. Apabila Rasulullah S.A.W menceritakan kisah Israk Mikraj, orang kafir bertambah kafir. Ada juga orang Islam yg tak berani nak mengiyakan kisah itu kerana kisah itu diluar akal manusia.
Selepas itu Abu Jahal turun bukit dalam keadaan gembira, manakala Rasulullah S.A.W masih di atas bukit. Abu Jahal kata tamat sudah riwayat agama Islam. Cuma ada seorang lagi yang jika boleh diyakinkan dia kisah ini tak masuk akal, maka Islam akan habis iaitu Abu Bakar.
Sewaktu itu Abu Bakar berada di kebun kurmanya, Abu Jahal pergi ke kebun kurma Abu Bakar. Sebahagian umat Islam dan kafir mengikut Abu Jahal bertemu Abu Bakar. Dari jauh Abu Bakar nampak mcm ada yg tidak kena, kerana kafir quraisy jalan bersama orang Islam. Abu Jahal tanya Abu Bakar berkenaan kisah Israk Mikraj, Abu Jahal menceritakan kisah tersebut sepenuhnya dengan harapan Abu Bakar akan kata gila.
Reaksi Abu Bakar apabila mendengar kisah Rasulullah S.A.W pergi ke langit, Abu Bakar punya keyakinan yang tinggi pada Rasulullah S.A.W, dia membenarkan apa sahaja kata Rasulullah S.A.W. Kata Abu Bakar “Sekiranya dibelakangku ada dinding putih, Muhammad datang dan tanya warna apa dinding itu? Aku jawab putih. Muhammad kata itu hitam. Maka akan aku salahkan biji mataku dan mengiyakan ia warna hitam.”
Abu Jahal kecewa dan beredar bersama kafir quraisy. Abu Bakar tanya dimanakah Rasulullah S.A.W? Ada yg jawab nabi di bukit Abu Qubais. Abu Bakar pergi berjumpa Rasulullah S.A.W.
Apabila Rasulullah S.A.W nampak Abu Bakar, Rasulullah S.A.W tersenyum, sebab dia tahu Abu Bakar akan sokong dan setuju apa saja cakapnya. Abu Bakar memberitahu Rasulullah S.A.W tadi Abu Jahal cerita pasal Israk Mikraj. Abu Bakar bertanya benarkah wahai Rasulullah? Rasulullah S.A.W menjawab, benar wahai Abu Bakar.
Abu Bakar berkata, “Kalau kisah itu keluar dari mulutmu Rasulullah, engkau utusan Allah, maka ianya benar. Semua orang Mekah tahu Rasulullah S.A.W tak pernah pergi ke Baitulmaqdis. Abu Bakar meminta Rasulullah S.A.W ceritakan berkenaan Baitulmaqdis kepada penduduk Mekah, dan ada pembesar-pembesar Quraisy yang pernah pergi ke Baitulmaqdis untuk membenarkan atau menyalahkan kisah dari Rasulullah S.A.W. Rasulullah S.A.W menceritakan berkenaan Baitulmaqdis, dan ianya dibenarkan oleh pembesar-pembesar Quraisy. Maka orang islam bertambah yakin dengan Rasulullah S.A.W
Selepas itu, ada lagi kisah yang boleh menambahkan iman jika orang itu benar-benar beriman. Dalam perjalanan balik menaiki buraq, Rasulullah nampak satu kabilah menuju ke Mekah. Marshall naik unta ada kain putih. Ada seekor unta hilang, dan kabilah itu terpinga-pinga mencari. Rasulullah S.A.W yang nampak unta yg hilang, beritahu dimana lokasi unta itu. Ikut kiraan, mereka akan sampai selepas 2 hari. Maka orang Mekah menunggu di luar kota Mekah ketibaan rombongan itu. Akhirnya nampak rombongan itu sampai, belum sempat, mereka sudah ditanya berbagai soalan.
Mereka ditanya benarkah mereka kehilangan unta? Marshall menjawab benar. Benarkah ada suara yg memberitahu dimana unta yg hilang itu? Marshall jawab benar. Marshall terkejut kerana rombongan mereka baru sampai, tapi macam mana mereka semua tahu? Ada yg menjawab, Rasulullah S.A.W yg cerita. Maka orang islam pun bertambah penuh keimanan mereka. Abu Jahal sakit hati. Itu yg membawa kepada tekanan umat Islam berikutnya disebabkan Abu Jahal sakit dengan Rasulullah S.A.W.

Comments
Post a Comment