a
Dalam tempoh dakwah Rasulullah S.A.W di Mekah, umat Islam menghadapi pelbagai tekanan dan penyiksaan daripada pihak kuffar Mekah setelah dakwah disampaikan secara terang-terangan. Rasulullah S.A.W telah mengemukakan pandangan supaya umat Islam berhijrah ke Habsyah, iaitu Ethiopia, kerana raja yang memerintah Habsyah ketika itu merupakan seorang yang tidak kejam. Umat Islam disarankan untuk tinggal sementara waktu sehingga Tuhan membuka jalan dan kelapangan di masa hadapan.
Hijrah ke Habsyah ini adalah hijrah pertama umat Islam yang berlaku pada Bulan Rejab tahun ke-5 kenabian. Ianya bertujuan menjauhi fitnah yang akan menjejaskan agama Islam.
Pandangan Rasulullah agar umat Islam berhijrah ke Habsyah itu diterima baik oleh orang-orang Islam dan diantara mereka yang turut serta dalam hijrah ini ialah Saiyidina Uthman bin ‘Affan dan isterinya Ruqayyah binti Rasulullah, Abu Huzaifah dan isterinya, al-Zubair bin al-‘Awwam, Mus’ab bin ‘Umair, ‘Abdul Rahman bin Auf, dan Uthman bin Maz’un.
Kaum Quraisyh Bertemu Raja Habsyah
Apabila pihak Quraisyh mengetahui perkara ini, mereka terus mengirimkan perutusan menghadap Raja Najasyi, iaitu Raja Habsyah agar menyerahkan kembali orang-orang Islam ke Mekah. Utusan Quraisyh yang datang turut membawa hadiah-hadiah dan ganjaran yang banyak untuk menawan hati Raja Habsyah tersebut. Meskipun begitu, Najasyi enggan menyerahkan sesiapapun melainkan sesudah bersoal jawab tentang agama Islam yang mereka anuti itu.
Kebijaksanaan Jaafar R.A. Menjelaskan Tentang Islam
Najasyi telah meminta orang Islam supaya menerangkan tentang diri mereka dan agama yang mereka anuti. Saiyidina Ja’afar bin Abi Talib lalu kemudiannya bangun dan berucap sebagaimana yang dinukilkan daripada kitab Fiqh al-Sirah :
“Ke hadapan maharaja, sebenarnya kami ini di masa-masa dahulu iaitu di zaman jahiliyyah menyembah berhala, memakan bangkai, melakukan kejahatan, berperang, berkelahi, yang kuat menganiaya yang lemah sehinggalah Allah mengutus seorang Rasul daripada kalangan kami juga. Beliau itu memang terkenal dengan kejujuran, amanah, suci pekerti dan utusan Allah itu menyeru kami supaya bercakap benar, bersifat dengan sifat yang terpuji, jujur, ikhlas dan beramanah, menyeru kami menyembah Tuhan yang Maha Esa dan meninggalkan penyembahan berhala, berbaik-baik dengan jiran tetangga, meninggalkan kejahatan dan peperangan yang berlarutan serta segala sesuatu yang terkeji, seruannya tadi kami terima dengan baik. Segala yang dibawanya kami percaya sepenuhnya tetapi kaum kami termasuk dua orang utusan ini menyiksa dan menekan kami supaya kami balik semula kepada agama yang lama iaitu menyembah berhala. Setelah kami berasa sesak dan benar-benar di dalam penyiksaan yang tidak dapat kami menanggungnya maka kami keluar dan ke negara tuanlah yang kami pilih. Semoga dapat kami berlindung di sini jauh dari penyiksaan dan kezaliman.”
Setelah berlaku soal jawab diantara mereka, Najasyi akhirnya menyerahkan kembali kesemua hadiah yang dipersembahkan kepadanya, dan utusan Quraisyh pulang ke Mekah dengan kegagalan memujuk Raja Habsyah. Najasyi sebaliknya bertambah mesra dengan orang-orang Islam serta lebih berazam untuk melindungi mereka
PENGISLAMAN HAMZAH BIN ABDUL MUTTHALIB - BAPA SAUDARA NABI
Ketika Nabi Muhammad S.A.W dan para Sahabat menderita akibat penindasan kaum musyrikin Quraisy, ALLAH S.W.T mencurahkan seberkas cahaya dengan masuk islamnya Hamzah bin Abdul Mutthalib RA. Beliau diberi gelaran singa Allah 'Azza wa Jalla (Asadullah) karena keberaniannya membela agama Islam. Beliau masuk Islam di penghujung tahun ke-6 kenabian, tepatnya bulan Dzulhijjah.
Adapun sebab keislamannya Sayyidina Hamzah adalah ketika suatu hari Abu Jahal melewati Rasulullah di bukit Safa, lalu dia menyakiti dan menganiaya beliau. Rasulullah diam saja, tidak berbicara sedikitpun kepadanya. Kemudian Abu jahal memukuli tubuh Rasulullah dengan batu di bagian kepala sehingga berdarah.
Setelah itu, dia pulang menuju tempat pertemuan kaum Quraisy di sisi Ka'bah dan berbincang dengan mereka. Ketika itu, hamba wanita Abdullah bin Jud'an berada di kediamannya di atas bukit Safa menyaksikan peristiwa yang dialami Rasulullah itu. Di saat Hamzah pulang dari berburu dengan membawa busur panah. Maka dia pun memberitahukan perihal perlakuan Abu Jahal tersebut. Disebabkan itu, sebagai seorang pemuda yang berani dan dihargai di kalangan suku Quraisy, Hamzah marah dan bergegas mencari Abu Jahal. Dia pergi dan tidak peduli dengan orang yang menegurnya. Hamzah pun menyiapkan segalanya untuk memberi pelajaran kepada Abu Jahal.
Manakala dia masuk masjid (Al-Haram), Beliau pun bertemu Abu Jahal sambil berkata: "Hai si hina dina! Engkau berani mencaci maki anak saudaraku padahal aku sudah memeluk agamanya?". Kemudian Hamzah memukulnya dengan busur panah dan membuatnya terluka. Melihat itu, sebahagian daripada orang-orang dari Bani Makhzum (dari suku Abu Jahal) terpancing emosinya dan begitu pula dengan orang-orang dari Bani Hasyim (dari suku Hamzah). Abu Jahal pun melerai dan berkata: "Biarkan Abu 'Imarah (julukan Hamzah)! Sebab aku memang telah mencaci maki anak saudaranya dengan cacian yang amat jelek".
PENGISLAMAN SAIDINA UMAR AL-KHATTAB
Sebelum memeluk Islam, Saidina Umar adalah orang yang paling kuat menentang dan menyeksa orang Islam malahan beliau juga senantiasa cuba berusaha untuk membunuh Rasulullah SAW.
Pada suatu hari dikisahkan, kaum musyrikin Mekah telah bermesyuarat. Adakah sesiapa yang sanggup untuk membunuh Muhammad ? Lalu Umar berkata "Saya akan melakukannya."
Musyrikin Mekah berkata "Hanya engkau sahaja yang boleh melakukan pembunuhan itu." Umar lantas bangun dan membawa sebilah pedang untuk membunuh Rasulullah SAW.
Semasa dalam perjalanan dan sibuk memikirkan perancangan beliau untuk membunuh Rasulullah SAW, Umar telah bertemu dengan seorang lelaki bani Zuhrah yang bernama Sa'ad bin Abi Waqqas (sesetengah perawi menamakan sahabat yang lain). Lelaki itu bertanya "Wahai Umar, hendak ke manakah engkau? "
Lalu Umar menjawab, "Aku sedang memikirkan untuk membunuh Muhammad."
Lelaki itu berkata, "Bagaimana engkau boleh merasa selamat dari bani Hasyim, bani Zuhrah dan bani Abdul Manaf ? Mereka akan membunuh kamu sebagai tindakan balas".
Mendengarkan kata-kata Sa'ad bin Abi Waqqas, Umar naik berang lalu mengeluarkan pedangnya sambil berkata "Nampaknya engkau pun telah meninggalkan agamamu (iaitu memeluk Islam). Biar aku bereskan engkau terlebih dahulu."
Sa'ad bin Abi Waqqas juga mengeluarkan pedang dan berkata "Ya!, aku juga telah memeluk Islam."
Pertarungan hampir tercetus antara mereka. Sa'ad bin Abi Waqqas berkata "Ambillah tahu hal keluargamu dahulu, adik perempuan dan iparmu juga telah memeluk Islam." Mendengarkan berita itu, kemarahan Umar jadi meluap-luap dan beliau bergegas menuju ke rumah adiknya.
Di rumah adik Saidina Umar, Khabbab sedang mengajarkan Al-Quran kepada pasangan suami isteri itu dalam keadaan semua pintu tertutup. Umar meminta supaya pintu dibuka.
Mendengarkan keadaan itu, Khabbab segera menyembunyikan diri dari Umar. Dalam keadaan kelam kabut tersebut, lembaran-lembaran yang tertulis ayat Al-Quran telah tertinggal di luar.
Adiknya telah membuka pintu dan Umar mengetuk kepala adiknya itu dengan sesuatu yang ada ditangannya menyebabkan kepala adiknya berlumuran darah.
Umar berkata "Wahai musuh kepada dirimu sendiri, kamu juga telah meninggalkan agamamu." Selepas itu Umar masuk ke dalam rumah, beliau bertanya "Apakah yang sedang kamu lakukan?, Suara siapakah yang aku dengar tadi?".
Iparnya menjawab, "Kami sedang berbual-bual sahaja".
Umar bertanya lagi, " Adakah kamu telah meninggalkan agamamu dan menganut agama baru?"
Iparnya menyambut, "Bagaimana jika agama baru itu benar?"
Kata-kata iparnya telah membuatkan Umar naik berang, beliau menarik janggut iparnya, menerkam, menjatuhkannya lalu memukul iparnya sepuas hati.
Adiknya cuba meleraikan pergelutan tersebut tetapi ditampar oleh Umar menyebabkan mulut adiknya berdarah. Lalu Adik Umar berkata kepada Umar "Wahai Umar!, Kami dipukul hanya kerana kami memeluk Islam, Sememangnya kami telah pun memeluk Islam, Buatlah apa-apa yang kamu suka."
Umar ternampak lembaran-lembaran yang tertulis ayat suci Al-Quran yang ditinggalkan oleh Khabbab dalam keadaan tergesa-gesa tadi. Beliau meminta kepada adiknya untuk melihat apa yang tertulis di lembaran tersebut. Kemarahan Umar telah mula reda setelah memukul dengan bertubi-tubi tadi dan perasaan malu mula timbul kerana adik perempuannya berlumuran darah akibat pukulannya.
"Tunjukkan lembaran itu kepadaku" pinta Umar
"Kamu tidak suci!, tangan yang tidak suci tidak boleh menyentuhnya", balas adiknya.
Walau dipinta berkali-kali oleh Umar, namun adiknya tetap berkeras tidak mahu menunjukkan lembaran itu kepada orang yang tidak mandi junub dan tidak berwuduk.
Kemudian Umar akur dan beliau mandi terlebih dahulu sebelum menyentuh dan membaca lembaran suci itu. Di lembaran itu tertulis Surah Taha, Umar membaca surah itu sehingga ke ayat:
Yang bermaksud : "Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku. (Toha Ayat 14)
Keadaan beliau berubah sama sekali. Lalu Beliau berkata, "Baiklah, bawalah aku berjumpa dengan Muhammad."
Mendengarkan kata-kata itu, Khabbab keluar dari persembunyiannya dan berkata, " Wahai Umar!, Aku menyampaikan berita gembira kepadamu. Semalam ialah malam Jumaat, Rasulullah S.A.W telah berdoa, "Ya Allah!, Pilihlah antara Umar atau Abu Jahal yang engkau lebih suka untuk menguatkan Islam." (Saidina Umar dan Abu Jahal terkenal dengan kekuatan). Nampaknya doa Baginda telah diperkenankan untuk dirimu". Selepas itu Umar telah pergi bertemu Rasulullah S.A.W dan memeluk Islam pada pagi Jumaat.
Pengislaman Saidina Umar telah menyebabkan semangat orang kafir mula luntur. Namun jumlah orang Islam di Mekah pada waktu itu masih kecil berbanding dengan Orang Kafir. Oleh sebab itu, Kaum Musyrikin Makkah semakin marah dan sentiasa merancang untuk menghapuskan orang Islam.
Namun dengan keislaman Saidina Umar Al-Khattab, Orang Islam telah berani bersolat di Masjidil Haram. Abdullah bin Mas'ud berkata, "Keislaman Umar ialah satu kejayaan untuk orang Islam, penghijrahan beliau ialah satu bantuan untuk kaum muslimin, dan perlantikkan beliau sebagai khalifah adalah satu rahmat untuk kaum muslimin."
BOIKOT KAFIR QURAISY TERHADAP UMAT ISLAM (616M)
Rasulullah S.A.W dan kaumnya dari kalangan Bani Hasyim dan Muthalib, pernah mengalami pemboikotan dari suku Quraisy. Pemboikotan terhadap Nabi Muhammad dan umat Islam yang dilakukan kafir Quraisy Makkah, terjadi sekitar pada tahun ke-7 kenabian, tepatnya pada bulan Muharram.
Boikot tersebut merupakan strategi politik kaum Musyrik, Makkah. Tindakan pemboikotan ini disepakati oleh Abu Sufyan, Abu Jahal, dan Umayyah bin Khalaf. Para pemimpin Quraisy khawatir dengan perkembangan dakwah Rasulullah yang semakin pesat. Mereka merasa terancam dengan ajaran Islam yang dibawa Nabi Muhammad, yang menyerukan tauhid dan menolak menyembah berhala, sebagai agama nenek moyang mereka.
Pada sisi lain, pemboikotan ini juga dipicu oleh kemarahan kaum kafir Quraisy terhadap dakwah Rasulullah yang semakin gencar. Kaum kafir Quraisy tidak senang dengan ajaran Islam yang mengajak mereka untuk meninggalkan penyembahan berhala mengganti dengan menyembah Allah swt. Pun pembesar Quraisy khawatir bahwa dakwah Rasulullah akan mengancam kedudukan mereka sebagai pemimpin politik dan ekonomi di Makkah.
Mendapati politik yang mulai tidak stabil, maka suku Quraisy segera berkumpul untuk mengadakan rapat di kampung Bani Kinanah. Dalam rapat itu, merencanakan konspirasi dengan cara membuat perjanjian yang ditujukan kepada Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthalib.
Isi perjanjian membuat kaum Muthalib dan Hasyim menderita. Rasulullah dan kaumnya di boikot dari aktivitas perekonomian, perdagangan, dan sebagainya.
Empat poin penting dalam boikot tersebut.
Pertama, suku Quraisy tidak boleh menikahi wanita-wanita dari Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthalib.
Kedua, mereka tidak boleh menikahkan putri-putri mereka dengan orang-orang dari Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthalib.
Ketiga, mereka tidak boleh menjual apa pun kepada Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthalib.
Keempat, mereka tidak boleh membeli apa pun dari Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthalib.
Pada sisi lain, Syeikh Shafiyyurrahman Al-Mubarakfury, pada halaman 119 menerangkan perjanjian boikot tersebut ditulis dalam selembar papan yang digantung di Ka'bah dan berisi kesepakatan dan ketetapan dari orang-orang Quraisy untuk memboikot Bani Hasyim dan Bani Muthalib. Perjanjian boikot ini ditulis oleh Baghidh bin Amir bin Hasyim. Baghidh adalah salah seorang tokoh Quraisy yang menentang penyebaran agama Islam
Perjanjian ini dibuat dengan tujuan untuk memaksa Bani Hasyim dan Bani Muthalib untuk meninggalkan Nabi Muhammad dan kembali ke ajaran nenek moyang. Pemboikotan benar-benar ketat. Bani Hasyim dan Muthalib terasing dari dunia luar.
Imbasnya, cadangan dan bahan makanan sudah habis. Sementara itu orang-orang Musyrik tidak membiarkan bahan makanan masuk Makkah. Jikalau pun masuk, mereka akan segera membelinya, sehingga Bani Muthalib dan Hasyim tidak dapat memilikinya. Keadaan ini benar-benar mengerikan, dan menimbulkan kelaparan.
Al-Mubarakfury mendeskripsikan penderitaan Rasulullah karena boikot tersebut pada halaman 120, sebagai berikut "Sampai mereka mengalami kesulitan dan terpaksa memakan daun kering dan kulit, bahkan terdengar dari balik perkampungan suara para wanita dan anak-anak yang menangis karena kelaparan dari kaum perkampungan Abu Thalib".
Itulah penderitaan Rasulullah dan kaumnya, yang telah mencapai titik kelemahan dan terpaksa memakan daun kering dan kulit untuk bertahan hidup. Suara isteri dan anak-anak mereka yang menangis kesakitan terdengar dari balik perkampungan. Pernah suatu waktu, Hakim bin Hizam, anak saudara dari isteri Nabi, Khadijah, datang ke Makkah untuk memberikan gandum pada ibu saudaranya, Khadijah untuk dimakan, Namun Abu Jahal menghalang dan melarang membawa gandum tersebut dibawa. Hingga akhirnya, keduanya berselisih tegang.
Di tengah keadaan kelaparan tersebut, suku Quraisy tidak peduli dengan keadaan Bani Hasyim dan Bani Muthalib selama boikot berlangsung. Tidak memberikan bantuan apapun, bahkan jika Bani Hasyim dan Bani Muthalib sedang sakit atau kelaparan mereka biarkan. Peristiwa ini berlangsung selama tiga tahun. Nabi dan kaumnya diasingkan dan dipulaukan, untuk menghentikan dakwah Rasulullah S.A.W
PENAMATAN BOIKOT ORANG QURAISY (619M)
Kisah penamatan boikot oleh Quraisy Mekah bermula apabila munculnya bisikan-bisikan menolak kekerasan terhadap Bani Hasyim. Hisyam bin Amru ialah seorang tokoh daripada kalangan pemimpin kafir Quraisy tetapi dihatinya ada bibit-bibit simpati terhadap kesengsaraan umat Islam ekoran tindakan pemulauan yang dilakukan. Hisyam dikatakan sering membawa masuk makanan dan keperluan secara curi-curi ke perkampungan Abu Thalib terutamanya pada waktu malam. Sehinggalah pada suatu hari beliau terfikir sampai bila tindakan kejam seperti itu ke atas umat Islam akan berterusan.
Beliau kemudiannya menyuarakan perkara itu ketika bertemu dengan Zuhair bin Abi Umayyah Al- Makhzumi iaitu putera kepada Atikah binti Abdul Muttalib, "Wahai Zuhair! Kamu boleh rela had untuk memakan dan meminum sedang bapa-bapa saudara kamu, seperti kau tahulah."
"Baiklah, apa aku boleh buat, aku seorang sahaja, demi Allah kalau ada orang lain bersama ku, dah lama ku langgar piagam itu.", jawab Zuhair.
"Aku ada orang kedua.", kata Hisyam.
"Siapa orangnnya?", tanya Zuhair.
"Aku!", pantas dijawab oleh Hisyam.
"Kita perlu orang ketiga.", cadang Zuhair.
Mereka berdua kemudiannya mengumpulkan lagi tiga orang iaitu Al-Mut'am bin 'Adi, Abu Al-Bukhturi bin Hisyam dan Zama'ah bin Al-Aswad. Kelima-lima orang itu kemudian sepakat untuk bertemu di Khatm Al-Hajun bagi membincangkan bagaimana cara untuk membatalkan kesepakatan orang-orang Quraisy. Keputusan mereka ialah dengan membiarkan Zuhair bin Umayyah memulakan protes dan yang lainnya akan menyokong perkara tersebut.
Keesokan harinya selepas subuh Zuhair terus melakukan tawaf mengelilingi kaabah tujuh kali kemudian memulakan protes. Di depan khalayak ramai Hisyam melaungkan,
"Wahai penduduk Makkah, apakah kita memakan makanan dan memakai pakaian, sedang Banu Hasyim susah kelaparan, tidak dibenar berjual beli dengan mereka? Demi Allah aku tidak akan berdiam diri aku pecah dan langgar piagam yang zalim itu."
Abu Jahal yang ketika itu berada di penjuru masjid pun berkata, "Itu adalah dusta dari mu, demi Allah kau tidak akan melanggar piagam yang kita persetujui itu."
Mendengarkan jawapan Abu Jahal itu Zam'ah mencelah berkata, "Kami tidak setuju piagam yang amat berdusta, kerana kami tidak setuju piagam itu dituliskan cuma kamu yang beria-ia sangat seperti yang tertulis itu."
"Memang kau benar wahai Zam'ah, sesungguhnya kami tidak rela dengan penulisannya itu dan kami tidak mengakuinya." disokong oleh sahabatnya Al- Bukhturi.
"Kamu berdua memang benar yang lain-lain itu dusta belaka, kami adalah bebas dihadapan Allah dengan segala apa yang tertulis.", kata al-Mut'am bin 'Adi pula. Seperti yang disepakati, Hisyam pun turut menyokong dan bersetuju terhadap kata-kata sahabatnya.
"Perkara ini sudah diatur dalam satu malam, di mana kamu bermesyuarat bukan di tempat ini!", tegas Abu Jahal. Maka berlakulah pertelingkahan antara kelima-lima mereka dengan Abu Jahal.
Ketika perdebatan sedang hangat berlaku hadir Abu Thalib dari satu penjuru masjid yang telah dikhabarkan kepada beliau oleh RasulNya tentang hancurnya piagam yang mereka tulis itu dimakan anai-anai. Abu Thalib menceritakan apa yang telah dikhabarkan kepada beliau dan memberi tawaran sekiranya beliau berdusta Abu Thalib akan memberi laluan untuk kaum Quraisy bertindak terhadapnya, tetapi jika beliau benar boikot terhadap Bani Hasyim harus diakhiri.
Setelah berlaku perbicaraan hangat di antara orang ramai dan Abu Jahal, akhirnya al-Mut'am bangun dan pergi mengambil lambaran piagam untuk dimusnahkannya, tiba-tiba dia mendapati anai-anai telahpun memakan lembaran itu kecuali lafaz Bismika Allahhumma dan mana-mana lafaz yang tersebut nama Allah sahaja yang tidak dimakannya. Maka dengan hancurnya lembaran piagam tersebut berakhirlah pakatan kezaliman Quraisy terhadap Bani Hasyim.

Comments
Post a Comment