AHMAD PAZIL MD ISA

HIJRAH KE MADINAH

 a


Para preman Mekah berkumpul di Darul Nadwah. Mereka menetapkan akan mengambil sesuatu keputusan penting berkaitan dengan Nabi. Salah seorang dari mereka mengusulkan agar baginda dibelenggu dengan besi lalu dibuang di penjara sehingga baginda mati kelaparan. Sebahagian lagi mengusulkan agar baginda dibuang dari Mekah dan diusir. Abu Jahal mengusulkan agar mereka mengambil dari setiap keluarga dari keluarga-keluarga Quraisy seorang pemuda yang kuat, kemudian setiap dari mereka diberi pedang yang terhunus dan hendaklah mereka memukulkan pedang itu ke tubuh Nabi. Jika mereka berhasil membunuhnya nescaya semua kabilah bertanggungjawab terhadap darah sang Nabi dan Bani Hasyim tidak akan mampu menuntut dan memerangi orang Arab semuanya dan mereka akan menerima diat sebagai tebusan dari pembunuhan itu. Demikianlah persekongkolan itu digelar dan mereka sepakat untuk melaksanakan hal itu. Namun Al-Qur'an al-Karim menyingkap persekongkolan yang dilakukan orang-orang kafir itu dalam firman-Nya: 


"Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir memikirkan tipu daya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka memikirkan tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baik Pembalas tipu daya." (QS. al-Anfal: 30)


Mereka yang dipilih untuk menyerang Rasulullah S.A.W ialah


1. Abu Jahal bin Hisyam

2. Al-Hakam bin Abul Ash

3. Uqbah bin Abul Ash

4. An-Nadhr bin Al-Harits

5. Umayah bin Khalaf

6. Zam’ah bin Al-Aswad

7. Thu’aimah bin Adi

8. Abu Lahab

9. Ubay bin Khalaf

10. Nabih bin Al-Hajjaj

11. Munabbih bin Al-Hajjaj


ALLAH S.W.T mewahyukan kepada Nabi-Nya agar dia berhijrah. Lalu Nabi mulai menyiapkan benda-benda untuk hijrahnya. Baginda menyembunyikan urusan tersebut bahkan baginda tidak memberitahu sahabat yang akan menemani baginda. Rasulullah S.A.W menyewa seorang penunjuk jalan yang pengalaman yang mengenal padang gurun seperti mengenal garis-garis tangannya. Yang menghairankan penunjuk jalan itu adalah seorang musyrik. Demikianlah Nabi S.A.W meminta bantuan kepada orang yang ahli tanpa memperhatikan keyakinannya.


Kemudian datanglah malam pelaksanaan kejahatan itu. Rasulullah S.A.W memerintahkan Ali bin Abi Thalib untuk tidur di tempat tidur baginda di malam tersebut. Datanglah pertengahan malam dan Rasulullah S.A.W pun keluar dari rumahnya. Para pemuda Mekah mengepung rumah. Mereka menghunuskan pedangnya. Nabi menggenggam tanah lalu baginda melemparkannya ke arah kaum sehingga mereka pun merasa mengantuk sehingga Nabi S.A.W dapat menembus kepungan mereka. 


Ketika itu, Allah telah mencabut pandangan mereka dari melihat beliau, sehingga tidak dapat melihat beliau keluar dari rumah. Sedangkan beliau membaca firman-Nya dalam surah Yasin ayat ke-9:


وَجَعَلْنَا مِنْۢ بَيْنِ اَيْدِيْهِمْ سَدًّا وَّمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَاَغْشَيْنٰهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُوْنَ


Maksudnya: “Dan Kami jadikan di hadapan mereka sekat (dinding) dan di belakang mereka juga sekat, dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.” (QS. Yasin: 9)


Baginda keluar dari Mekah dan berhijrah. Dengan langkah yang diberkati ini, kaum Muslim memulakan tahun-tahun mereka. 


Tahun dalam Islam adalah tahun Hijrah, sedangkan kaum Masihi memulakan tahun mereka dengan kelahiran nabi Isa a.s dan ini disebut dengan tahun Masihi. Adapun tahun-tahun Islam, maka ia bertarikh pertama kalinya saat Rasulullah S.A.W keluar berhijrah di jalan ALLAH S.W.T. Hijrah Rasul bukan hanya lari dari penindasan tetapi lari dari kebekuan; hijrah tersebut bukan keluar dari keamanan tetapi keluar dari bahaya. Islam di Mekah hanya dapat mempertahankan dirinya tetapi ketika baginda keluar ke Madinah baginda mempertahankan dirinya ketika menyerang. Dan selama beberapa tahun masa yang dihabiskan di Mekah, tak seorang dari kaum Muslim yang mengangkat senjata. Ketika mereka keluar ke Madinah, mereka mulai membawa senjata dan mulai menyalakan obor peperangan. Islam mulai membawa senjata sebagaimana luka akan sembuh dengan syarat jika diubati. Nabi S.A.W mengetahui bahawa Islam tidak akan menghabiskan usianya hanya untuk melawan serangan pada dirinya; Islam ingin tersebar; Islam ingin mendirikan negaranya yang pertama iaitu suatu negara yang belum pernah dikenal di muka bumi negara seperti itu. Negara yang mencapai keadilan, kasih sayang, dan idealisme yang begitu luar biasa di mana hukum ALLAH S.W.T ditegakkan dan kehormatan manusia benar-benar dijaga. 


Inilah kedalaman hijrah yang mengesankan iaitu pendirian negara Islam setelah sebelumnya membangun individu masyarakat Muslim. Setelah Rasul S.A.W membangun masyarakat Muslim dan membangun masjid, maka baginda membangun suatu negara Islam. Selanjutnya, sayap-sayap dakwah mengepak. 


Kami kira pembaca tidak akan bertanya, apa gunanya pembangunan masjid ditingkatkan sementara Islam masih mengalami penindasan di muka bumi. Kami kira pembaca lebih pintar daripada orang yang tidak mengetahui bahawa masjid yang dibangun Rasulullah S.A.W di Madinah bukan tempat peristirahatan dari keletihan, tetapi masjid merupakan pusat dari kepemimpinan pergerakan Islam dan kepemimpinan menuju peperangan Islam.


Manusia mandi di masjid dengan cahaya ALLAH S.W.T setelah itu mereka mandi di kancah peperangan dengan darah mereka. Pertanyaannya adalah, siapakah di antara mereka yang akan terbunuh di jalan ALLAH S.W.T sebelum saudaranya? Demikianlah perlumbaan dalam perbaikan terjadi di antara mereka. Dengan cara demikianlah Islam tersebar.


Sementara itu, Nabi berlindung di suatu gua; di gunung yang bernama Tsur. Baginda masuk ke gua itu bersama sahabatnya Abu Bakar. Dan orang-orang musyrik pergi menyusul baginda dengan membawa pedang mereka. Lalu mereka sampai ke gunung itu. Abu Bakar r.a berkata kepada Rasulullah S.A.W dengan keadaan gelisah, "seandainya salah seorang mereka melihat di bawah kakinya nescaya mereka akan melihat kita."


Dengan tenang, Rasulullah S.A.W menepis kegelisahan Abu Bakar r.a dan berkata: "Wahai Abu Bakar apa yang kamu kira dengan dua orang yang ada di tempat yang sepi sementara ALLAH S.W.T menjadi ketiga di antara mereka?" Sebelum Rasulullah S.A.W mengakhiri kalimatnya, terdapat labah-labah yang selesai dari menenun rumahnya di atas pintu gua. Kitab-kitab sejarah mengatakan bahawa kaum musyrik mengikuti jejak sang Nabi sehingga mereka sampai di gunung Tsur lalu di situlah mereka mengalami kebingungan. Mereka mendaki gunung dan mendaki gua itu. Lalu mereka melihat di atas pintu gua itu terdapat tenunan labah-labah. Mereka mengatakan, seandainya seseorang masuk di dalamnya nescaya tidak akan terdapat tenunan labah-labah di atas pintunya. Baginda tinggal di gua itu selama tiga malam.


Demikianlah keimanan tenunan labah-labah yang lembut dimenangkan atas ketajaman pedang kaum musyrik sehingga Nabi bersama sahabatnya pun selamat. Kini, kedua orang itu menuju Madinah. Dan Madinah pun menyambut mereka. Ketika Rasulullah S.A.W dan sahabatnya memasuki Madinah, mula-mula masyarakat tidak mengenal siapa di antara mereka yang menjadi Rasul kerana bagaimana baiknya sikap Rasulullah S.A.W terhadap sahabatnya. Akhirnya, Nabi menerangi kota Madinah. Baginda membangun masjid dan mendirikan negaranya serta memerangi musuh-musuhnya dan tersebarlah Islam dan Mekah pun ditaklukkan dan Baitul Haram disucikan. 


Setelah melakukan perjalanan berhari-hari, pada hari Isnin, 8 Rabi’ul Awwal tahun 14 dari kenabian, iaitu tahun pertama dari hijrah, bertepatan 23 September 622 Masihi, Rasulullah S.A.W singgah di Quba. Ketika itu, kaum Muslimin di Madinah mengetahui keluarnya Rasulullah S.A.W dari Mekah. Sehingga mereka bersemangat menyambut kedatangan beliau dan menemui Rasulullah S.A.W di sempadan perbatasan. Kaum Muslimin memekikkan takbir sebagai ungkapan kegembiraan mereka atas kedatangan Rasulullah S.A.W. Mereka menyambut Rasulullah S.A.W dengan salam kenabian, mengerumuni baginda sementara berkeliling di sekeliling baginda sementara Rasulullah S.A.W telah merasa tenang.


Di Quba, Rasulullah S.A.W singgah di kediaman Kultsum bin Al-Hadm. Sementara itu, Ali bin Au Thalib menyusul hijrah dari Mekkah dan berjumpa dengan Rasulullah S.A.W di Quba dan singgah juga di kediaman Kultsum bin Al-Hadm. Rasulullah S.A.W tinggal di Quba selama empat hari. Dan selama itu pula beliau membangun Masjid Quba dan shalat di dalamnya. Masjid Quba inilah masjid pertama yang didirikan oleh Rasulullah SAW atas dasar takwa setelah kenabian.


Baginda menanamkan dalam akal dan hati suatu cahaya yang tidak akan pernah padam. Kemudian berlangsunglah sepuluh tahun yang dilewati baginda di Madinah dimana baginda tidak menggunakannya untuk berlengah-lengah. Demikian juga selama masa tiga belas tahun yang baginda lalui di Mekah, baginda pun tidak mendapatkan istirahat yang cukup. Semua kehidupan baginda hanya untuk ALLAH S.W.T dan hanya untuk Islam. Beban berat yang dipikul oleh bahu baginda yang mulia lebih berat dari beban yang dipikul oleh gunung. Meskipun baginda seorang diri, tetapi baginda mampu memikul amanat yang pernah ALLAH S.W.T tawarkan kepada langit dan bumi serta gunung namun mereka pun enggan untuk memikulnya kerana mereka menyedari bahawa mereka tidak akan mampu memikulnya. Lalu datanglah baginda dan baginda pun mampu memikul amanat itu dan melaksanakannya secara sempurna. Iaitu amanat untuk menyampaikan agama ALLAH S.W.T; amanat untuk menyucikan akal manusia dari polusi khayalisme dan khurafatisme: amanat yang mewarnai kehidupan dengan hanya sujud kepada ALLAH S.W.T.


Kemudian mengalirlah dalam memori Nabi S.A.W suatu arus dari gambar-gambar hidup: bagaimana saat baginda memasuki Madinah. Lewatlah di hadapan akal beberapa memori dan nostalgia: bagaimana wahyu yang turun kepada baginda dengan membawa risalah di gua Hira, kemudian berubahlah pandangan dan bertiuplah angin kebencian kepada baginda, bahkan angin itu membawa pasir-pasir tuduhan-tuduhan yang dilemparkan ke wajah suci baginda. Baginda berdiri sambil tersenyum dan hatinya dipenuhi dengan kesedihan di hadapan gelombang gurun dan kesendirian serta badai kesengsaraan. "Wahai manusia, tiada Tuhan selain ALLAH S.W.T. Demikianlah kalimat yang baginda katakan. Meskipun kalimat itu tampak sederhana namun ia mampu membangkitkan dunia. Dan bergeraklah patung-patung yang begitu banyak yang memenuhi kehidupan dan mereka membekali dirinya dengan kegelapan dan kebencian yang dialamatkan kepada sang Nabi. Para pembesar. para penguasa, wang, emas, serta kebencian dan kedengkian syaitan yang klasik dan banyaknya orang-orang munafik, semua ini menjadi musuh nyata sang Nabi pada saat baginda mengatakan "tiada Tuhan selain ALLAH S.W.T." Nabi mengingat kembali Waraqah bin Naufal ketika menceritakan kepadanya apa yang terjadi dan apa yang dialami baginda di gua Hira. Tidakkah dia mengatakan kepadanya bahawa kaumnya akan mengusirnya?


Hari-hari hijrah sangat panjang dan berat. Matahari sangat dekat dengan kepala dan rasa panas sangat mencekik tenggorokan dan rasa pusing- pusing pun semakin meningkat. Setelah hijrah, Nabi memasuki Madinah. Beliau disambut oleh kaum Anshar dengan sambutan luar biasa. Beliau datang sendirian lalu mereka menolongnya; beliau datang dalam keadaan takut lalu mereka mengamankannya; beliau datang dalam keadaan lapar lalu mereka memberinya makanan; beliau datang dalam keadaan terusir lalu mereka memberikan perlindungan. 


Bangunan Islam mulai ditancapkan di Madinah. Baginda mulai membangun negaranya setelah beliau membangun sumber daya manusia Islam yang tangguh. Yang pertama kali dibangunnya adalah sumber daya Islam, setelah itu beliau baru membangun negara. Tidak ada nilai yang bererti dari satu sistem yang hanya berdasarkan prinsip-prinsip besar yang tidak lebih dari sekadar tinta di atas kertas. Penerapan prinsip-prinsip adalah tolok ukur final dari nilai apa pun yang diperlakukan di dunia. Dan Islam telah berhasil menerapkan pada masa-masa pertamanya suatu sistem yang belum pernah dikenal dalam kehidupan manusia suatu sistem seperti itu. Iaitu sistem yang menunjukkan keadilan, persaudaraan, dan kasih sayang yang mengagumkan. Hal yang pertama kali dilakukan Rasulullah S.A.W adalah membangun masjid di mana di situlah unta yang ditungganginya berhenti. Masjid itu tampak sederhana. Tikarnya terdiri dari pasir-pasir dan batu-batu. Tiangnya terbuat dari batang-batang kurma. Barangkali ketika turun hujan, maka tanahnya akan menjadi lumpur kerana mendapat siraman air hujan. Mungkin ketika angin bertiup dengan kencang, maka ia akan mencabut sebahagian dari atapnya


Di bangunan yang sederhana ini, Rasulullah S.A.W mendidik generasi Islam yang tangguh yang dapat menghancurkan orang-orang yang lalim dan para penguasa yang bejat dan mereka mampu mengembalikan kebenaran ke singgahsananya yang terusir dan terampas. Mereka mampu menyebarkan Islam di muka bumi. Masjid itu tampak kecil dan sederhana sekali tetapi ia dipenuhi dengan kebesaran; masjid itu tidak menunjukkan kemewahan sama sekali. Di dalamnya Al-Qur'an dibaca lalu orang-orang yang mendengarnya menganggap bahawa mereka benar dan mendapatkan perintah harian untuk menerapkan dan melaksanakan apa-apa yang mereka dengar. 


Al-Qur'an dibaca di masjid bukan seperti nyanyian yang orang-orang duduk akan merasa terpengaruh dengan keindahan nyanyian dan suara pembaca. Dan masjid di dalam Islam bukanlah tempat satu-satunya untuk ibadah. Menurut kaum Muslim semua bumi adalah masjid namun masjid adalah simbol peradaban yang beriman kepada ALLAH S.W.T dan hari akhir, sebagaimana ia menyuarakan ilmu, kebebasan dan persaudaraan. 


Semua Nabi berbicara tentang persaudaraan dan mengajak kepadanya dengan ribuan kata-kata. Sedangkan Rasulullah S.A.W telah mewujudkan persaudaraan itu secara praktis, yakni ketika karakter masyarakat saat itu mencerminkan Al-Qur'an. Nabi mulai mempersaudarakan kaum muhajirin dan Ansar di mana sahabat Ansar Sa'ad bin Rabi', seorang kaya dari Madinah dipersaudarakan dengan Abdul Rahman bin 'Auf, seorang yang berhijrah dari Mekah. Sa'ad berkata kepada Abdul Rahman: "Sesungguhnya, tanpa bermaksud sombong, aku memang memiliki harta yang banyak daripada kamu. Aku telah membagi hartaku menjadi dua bahagian dan sebahagiannya aku peruntukan bagimu. Lalu aku mempunyai dua orang wanita, maka lihatlah siapa di antara mereka yang mampu memikatmu sehingga aku menceraikannya lalu engkau dapat menikahinya." Abdul Rahman bin 'Auf menjawab: "Mudah-mudahan ALLAH S.W.T memberkatimu, keluargamu, dan hartamu. Di manakah pasar yang engkau berdagang di dalamnya?" 


Abdul Rahman bin 'Auf keluar menuju ke pasar untuk bekerja. Dia kembali dan membawa sesuatu yang dapat dimakannya. Dia menolak dengan lembut sikap baik Sa'ad dan kedermawanannya. Dia bersandar pada keimanan kepada ALLAH S.W.T dan lebih memilih untuk bekerja dan membanting tulang. Tidak berlalu hari demi hari kecuali ia tetap bekerja sehingga ia mampu untuk membekali dirinya dan melaksanakan pernikahan.

Comments