AHMAD PAZIL MD ISA

AISYAH DI FITNAH

 A


Ketika Nabi masih memiliki kekuatan yang menakutkan bagi yang mencuba melawannya, maka mereka pun melakukan berbagai penipuan dan makar. Dan salah satu yang menjadi objek tipu daya itu adalah isteri baginda, iaitu Aisyah. Alkisah, Aisyah pada suatu hari pergi untuk memenuhi hajatnya lalu dilehernya terdapat anting-anting. Setelah dia memenuhi hajatnya, anting-anting itu terjatuh dari lehernya dan dia tidak mengetahui. Ketika Aisyah kembali dari kafilah yang telah siap-siap untuk pergi, dia kembali mencari kalungnya sampai dia menemukannya. Sementara itu orang-orang yang membawanya dalam tandu (haudaj) mengira Aisyah sudah berada di dalamnya. Mereka tidak ragu dalam hal itu kerana memang berat badan Aisyah sangat ringan.


Pasukan Nabi berjalan dan membawa tandu, sedangkan Aisyah tidak ada di dalamnya. Aisyah kembali dan tidak mendapati pasukan di mana mereka telah pergi. Aisyah merasa hairan atas kepergian pasukan yang begitu cepat. Aisyah merasa takut saat dia berdiri sendirian di padang gurun. Aisyah berusaha bersikap baik, dia duduk di tempatnya di mana di situlah untanya duduk juga. Aisyah melipat-lipat pakaiannya sambil berkata dalam dirinya: Mereka akan mengetahui bahawa aku tidak ada dan kerana itu mereka akan kembali mencariku dan akan menemukan aku.


Sementara itu, Sofwan bin Mu'athal juga tertinggal kerana dia melakukan keperluannya. Dia berjalan dari arah yang jauh lalu dia melihat bayangan orang yang tidak begitu jelas. Sofwan mendekat dan tiba-tiba dia mengetahui bahawa dia sedang berdiri di hadapan Aisyah. Dia melihat Aisyah sebelum diwajibkannya perintah memakai hijab (jilbab) atas isteri-isteri Nabi. Ketika melihatnya, Sofwan berkata: "Sesungguhnya kita milik ALLAH S.W.T dan kepadanya kita akan kembali,... isteri Rasulullah Aisyah tidak menjawab.


Sofwan mundur dan mendekatkan untanya kepadanya sambil berkata: "Silakan Anda menaikinya." Aisyah pun menaikinya. Kemudian Sofwan membawanya pergi dan mencari pasukan yang telah meninggalkannya. Sementara itu, pasukan Nabi sedang beristirahat. Para sahabat mengira bahawa Aisyah masih berada dalam tandu. Tiba-tiba mereka terkejut ketika Aisyah datang kepada mereka bersama Sofwan yang menuntun untanya.


Tokoh munafik Abdullah bin Ubai segera memanfaatkan kesempatan emas ini. Dia membuat kisah bohong yang terkesan menuduh isteri Nabi melakukan pengkhianatan. Abdullah bin Ubai pandai memilih beberapa sahabat yang dikenalinya sebagai orang-orang yang mudah percaya dan cenderung membenarkan hal-hal yang bersifat lahiriah, atau dia mengetahui bahawa di antara mereka dan Aisyah terdapat kedengkian sehingga mereka suka jika tersebar kebohongan yang berkenaan dengan Aisyah.


Demikianlah pemimpin munafik itu berhasil menjerat beberapa sahabat dalam tali kebohongannya, di antaranya Hasan bin Sabit. Musthah, dan seorang wanita yang dipanggil Hamnah binti Jahasv. iaitu saudara perempuan Zainab binti Jahasy isteri Rasulullah S.A.W. Ketiga orang itu tertipu dengan kebohongan tersebut lalu mereka menyebarkannya sehingga orang-orang yang terjerat dalam kebohongan itu mengatakan apa saja yang mereka inginkan. Akhirnya. pasukan pun bergoncang dengan isu itu. 


Sementara itu, Aisyah tidak mengetahui sedikit pun tentang hal tersebut. Isu tersebut bertujuan untuk menjatuhkan Islam dan melukai perasaan Rasulullah S.A.W dan itu termasuk peperangan menentang Rasulullah S.A.W dan ajaran yang dibawanya. Begitu juga ia bertujuan menunjukkan bahawa kaum Muslim tidak selari dengan akidah yang mereka yakini dan secara tidak langsung ia juga menyerang kesucian rumah tangga Aisyah.


Pasukan kembali ke Mekah dan Aisyah jatuh sakit, namun dia tidak mengetahui isu-isu yang dikatakan tentang dirinya. Kemudian Rasulullah S.A.W mendengar hal itu sebagaimana ayahnya Abu Bakar dan ibunya pun mendengarnya, namun tak seorang pun di antara. mereka yang memberitahu Aisyah. Begitu juga Rasul S.A.W tidak menceritakan peristiwa itu di hadapan Aisyah. Namun sikap baginda berubah di mana baginda tidak lagi menunjukkan perhatiannya seperti biasanya saat Aisyah sakit. Ketika baginda menemui Aisyah dan saat itu ibunya ada di situ, baginda berkata: "Bagaimana keadaanmu?" Baginda tidak lebih dari mengucapkan kata-kata itu. Ketika Aisyah melihat perubahan sikap Rasul S.A.W, dia mulai marah. Pada suatu hari dia berkata pada Nabi: "Seandainya engkau mengizinkan aku, nescaya aku akan pindah ke tempat ibuku." Beliau menjawab: "Itu tidak ada masalah." 


Aisyah pun pindah ke tempat ibunya dan dia tidak mengetahui sama sekali apa yang sebenarnya terjadi padanya. Setelah melalui lebih dari dua puluh malam, Aisyah sembuh dari sakitnya dan dia pun belum mengetahui hal-hal yang dikatakan tentang dirinya. Umul mu'minin Aisyah menceritakan bagaimana dia mengetahui isu bohong tersebut dan bagaimana ALLAH S.W.T membebaskannya dari isu itu, ia berkata:


"Kami adalah kaum Arab di mana kami tidak mengambil di rumah kami tanggung jawab ini yang biasa diambil oleh orang-orang Ajam. Kami membencinya. Kami keluar untuk menikmati keluasan kota. Sementara itu para wanita keluar pada setiap malam untuk memenuhi hajat mereka. Pada suatu malam, aku keluar bersama Ummu Musthah untuk memenuhi sebahagian keperluanku. Lalu ia berkata: "Tidakkah kau sudah mendengar suatu berita wahai puteri Abu Bakar?" Aku bertanya, "berita apa itu?" Lalu ia memberitahukan padaku apa-apa yang dikatakan oleh para penyebar kebohongan. Aku berkata: "Apa ini memang benar?" Ia menjawab: "Demi Allah, ini benar-benar terjadi." Aisyah berkata: "Demi Allah, aku tidak mampu memenuhi hajatku." lalu aku pulang. 


Demi Allah, aku tetap menangis sampai-sampai aku mengira bahawa tangisanku akan merosak jantungku dan aku berkata kepada ibuku, mudah-mudahan ALLAH S.W.T mengampunimu, banyak orang berbicara tentangku namun engkau tidak menceritakan sedikit pun kepadaku. Dia berkata: "Wahai anakku, sabarlah demi Allah jarang sekali wanita yang baik yang dicintai oleh seorang lelaki yang jika ia memiliki isteri-isteri yang lain (madunya) kecuali wanita itu akan diterpa oleh berbagai isu." 


Aisyah berkata: "Rasulullah S.A.W berdiri dan menyampaikan pembicaraannya pada mereka dan aku tidak mengetahui hal itu." Beliau memuji ALLAH S.W.T kemudian berkata: "Wahai manusia, bagaimana keadaan kaum lelaki yang menyakiti aku melalui keluargaku dan mereka mengatakan sesuatu yang tidak benar. Demi Allah, aku tidak mengenal mereka kecuali dalam kebaikan. Lalu mereka mengatakan hal itu pada seorang lelaki yang aku tidak mengenalnya kecuali dalam kebaikan di mana dia tidak memasuki suatu rumah dari rumah-rumahku kecuali dia bersamaku."


Kemudian Rasulullah S.A.W memanggil Ali bin Abi Thalib dan Usamah bin Zaid dan bermusyawarah dengan keduanya. Usamah hanya melontarkan pujian dan berkata: "Ya Rasulullah aku tidak mengenal isterimu kecuali dalam kebaikan dan berita ini hanya kebohongan dan kebatilan," sedangkan Ali berkata: 'Ya Rasulullah masih banyak wanita yang lain yang dapat kau percaya." Kemudian Rasulullah S.A.W memanggil Burairah dan bertanya kepadanya, lalu Ali berdiri kepadanya dan memukulnya dengan keras sambil berkata: "Jujurlah kepada Rasulullah S.A.W," lalu wanita itu berkata: "Demi Allah, aku tidak mengetahui kecuali kebaikan. Aku tidak pernah mencela Aisyah kecuali pada suatu waktu aku sedang membikin adunan roti lalu aku memerintahkannya untuk menjaganya namun Aisyah tertidur dan datanglah kambing lalu adunan itu dimakan olehnya." 


Aisyah berkata: "Kemudian datanglah kepadaku Rasulullah S.A.W dan saat tu aku bersama kedua orang tuaku dan seorang wanita dari kaum Ansar. Aku menangis dan wanita itu pun turut menangis. Rasulullah S.A.W duduk lalu memuji ALLAH S.W.T dan berkata: "Wahai Aisyah, sungguh kamu telah mendengar sendiri apa yang dikatakan orang-orang tentang dirimu, maka bertakwalah kepada ALLAH S.W.T dan jika engkau telah melakukan keburukan seperti yang diucapkan orang-orang itu, maka bertaubatlah kepada ALLAH S.W.T kerana sesungguhnya ALLAH S.W.T menerima taubat dari hamba-hamba-Nya." 


Aisyah berkata, "demi Allah, itu tidak lain hanya kebohongan yang dialamatkan kepadaku sehingga membuat air mataku kering. Aku sama sekali tidak seperti yang mereka katakan," lalu aku menunggu kedua orang tuaku untuk mengatakan tentang diriku namun mereka justru terdiam. Aisyah berkata, "demi Allah aku merasa sebagai seorang yang hina yang tidak layak diturunkan Al-Qur'an dari ALLAH S.W.T berkenaan denganku, tetapi aku hanya berharap agar Nabi S.A.W melihat kebohongan yang dialamatkan kepadaku itu sehingga dia memastikan terbebasnya aku darinya."


Aisyah berkata: "Ketika aku tidak melihat kedua orang tuaku berbicara aku berkata kepada mereka tidakkah kalian menjawab apa yang dikatakan Rasulullah S.A.W?" Mereka berkata: "Demi Allah kami tidak mengetahui apa yang harus kami jawab." Aku mengetahui bahawa aku bebas dari tuduhan itu. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W mengusap keringat dari wajahnya sambil berkata: "Bergembiralah wahai Aisyah kerana sesungguhnya ALLAH S.W.T telah menurunkan ayat yang membebaskan kamu dari tuduhan itu," lalu aku berkata: "Segala puji bagi ALLAH S.W.T." Kemudian baginda keluar menemui para sahabat dan membacakan kepada mereka ayat berikut ini: 


"Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu, maka baginya azab yang besar. " (QS. an-Nur: 11)


Jibril turun kepada Nabi S.A.W untuk menyampaikan terbebasnya Aisyah dari segala tuduhan yang ditujukan kepadanya. Dan gagallah peperangan psikologi menentang kaum Muslim dan rumah tangga Rasulullah S.A.W, dan kelompok-kelompok kafir meyakini bahawa mereka harus menggunakan cara baru lagi untuk menentang Islam. Kemudian Rasulullah S.A.W kembali memasuki pergelutan menentang peperangan fizik. Peperangan Khandaq termasuk contoh peperangan fizik yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. Orang-orang Yahudi menyerahkan urusan mereka kepada kaum musyrik dan dimulailah rangkaian persekongkolan dan sumpah di antara tokoh- tokoh Yahudi dan pemimpin-pemimpin kaum musyrik, bahkan pendeta-pendeta Yahudi berfatwa bahawa agama Quraisy yang disimbolkan dengan penyembahan berhala lebih baik daripada agama Muhammad yang penyembahan hanya layak ditujukan kepada Tuhan Yang Esa sebagaimana tradisi jahiliah lebih baik daripada ajaran Al-Qur'an.

Comments