a
Demikianlah Nabi S.A.W terus menjalani mata rantai pergelutan yang tiada henti-hentinya di mana kehidupan baginda yang peribadi sekali pun tidak sunyi dari penderitaan. Nabi S.A.W menikahi sepuluh orang isteri. Perkahwinan baginda dengan sepuluh isteri tersebut merupakan keistimewaan peribadi yang hanya baginda miliki kerana berhubungan dengan sebab-sebab dakwah Islam. Iaitu suatu dakwah yang membolehkan para pengikutnya untuk menikahi empat orang isteri dengan syarat jika yang bersangkutan mampu menciptakan keadilan di antara mereka, dan ia menganjurkan untuk hanya puas dengan satu isteri jika seorang Muslim khawatir tidak dapat berbuat adil.
Kaum orientalis dan musuh-musuh Islam mencuba untuk menghina Nabi dan memujukkannya, dan salah satu cela yang mereka manfaatkan adalah perkahwinan baginda dengan sembilan wanita. Kita mengetahui bahawa pernikahan-pernikahan baginda terlaksana dengan sebab-sebab politik atau kemanusiaan yang berhubungan dengan dakwah Islam. Dan yang terkenal dari sejarah Nabi S.A.W adalah bahawa baginda menikah dengan Sayyidah Khadijah bt Khuwalid saat baginda berusia dua puluh lima tahun dan Khadijah berusia empat puluh tahun. Semasa hidup Khadijah beliau tidak menikahi isteri yang lain sampai Khadijah mencapai usia enam puluh lima tahun. Saat Khadijah meninggal, Nabi berusia di atas lima puluh tahun. Beliau menikahi Khadijah sebelum beliau diutus untuk menyebarkan Islam. Beliau tetap setia bersama Khadijah sampai dia meninggal dan baginda diangkat menjadi Nabi.
Namun beban kenabian dan beratnya jihad, kasih sayangnya kepada manusia, pengorbanannya terhadap Islam dan perintah ALLAH S.W.T semua itu memaksanya untuk menikah lebih dari satu orang isteri sampai mencapai sepuluh orang isteri. Perkahwinan baginda dengan ‘Aisyah yang saat itu masih belia merupakan usaha untuk menjalin ikatan dengan Abu Bakar, ayah dari ‘Aisyah dan perkahwinan baginda dengan Hafshah meskipun dia sedikit kurang cantik merupakan usaha beliau untuk menjalin ikatan dengan Umar, ayahnya. Baginda juga menikah dengan Ummu Salamah, janda dari pemimpin pasukannya yang mati syahid di jalan Allah SWT dan wanita itu merasakan penderitaan bersama beliau saat hijrah di Habasyah dan hijrah ke Madinah. Ketika suaminya meninggal dan dia sendirian menghadapi berbagai persoalan kehidupan, maka Nabi S.A.W segera merangkulnya di rumah kenabian. Perkahwinan baginda dengan Sawadah sebagai bentuk penghormatan terhadap keislaman wanita itu dan kemuliaannya dari kaum lelaki serta kesendiriannya dalam menjalani kehidupan.
Sementara itu, pernikahan baginda dengan Zainab bin Jahsy merupakan ujian berat bagi baginda di mana perintah pernikahan itu datang dari ALLAH S.W.T untuk mengharamkan suatu tradisi yang terkenal di kalangan jahiliah iaitu tradisi adopsi. Zainab termasuk kerabat Rasulullah S.A.W. Jadi dia termasuk dari kalangan bani Hasyim. Dia merasa bangga dengan nasab yang dimilikinya yang kerananya dia menolak ketika ditawari untuk menikah dengan Zaid bin Harisah, seorang budak Nabi yang telah baginda bebaskan, bahkan nasabnya telah beliau nisbatkan kepada dirinya dan baginda telah mengadopsinya sehingga dia dipanggil dengan sebutan Zaid bin Muhammad. Namun Zainab akhirnya menyetujui pendapat Nabi dan perintah ALLAH S.W.T sehingga ia menikah dengan Zaid:
"Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak pula bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka. Dan barang siapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sungguh dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata. " (QS. al-Ahzab: 36)
Sejak semua tampak jelas bahawa pernikahan tersebut akan segera berakhir. Zainab tidak menyukai Zaid dan Zaid pun bukan jenis lelaki yang mampu menahan kehidupan bersama seorang wanita yang hatinya jauh darinya. Zaid datang kepada Nabi S.A.W guna mengadu kepada beliau dan meminta izin untuk menceraikan isterinya. ALLAH S.W.T mewahyukan kepada Rasul-Nya agar membiarkan Zaid menceraikan isterinya, lalu hendaklah beliau menikahinya. Nabi S.A.W merasakan kesulitan yang luar biasa dan baginda berbicara kepada Zaid agar dia terus melangsungkan kehidupannya dan bersabar. Nabi S.A.W membayangkan apa yang dikatakan manusia kepadanya bahawa dia menikahi isteri dari anaknya tetapi apa yang dikhuatirkan oleh Nabi S.A.W justru merupakan sesuatu yang ingin dihapus oleh ALLAH S.W.T. Zaid bukanlah anak baginda dan dalam Islam tidak ada sistem adopsi. Oleh kerana itu, Zaid dapat mencerai isterinya lalu Nabi dapat menikahi Zainab untuk menetapkan apa yang diinginkan oleh Islam. Rasulullah S.A.W mampu bersabar dan menahan diri saat mendengar berbagai ngomelan yang akan dikatakan oleh manusia kepada baginda. Ini bukanlah pengorbanan pertama dan terakhir yang baginda persembahkan untuk Islam. Berkenaan dengan itu, ALLAH S.W.T berfirman:
"Dan (ingatlah), ketika kamu berkata kepada orang yang Allah telah melimpahkan nikmat kepadanya dan kamu (juga) telah memberi nikmat kepadanya: 'Tahanlah terus isterimu dan bertakwalah kepada Allah,' sedang kamu menyembunyikan di dalam hatimu apa yang Allah akan menyatakannya, dan kamu takut kepada manusia, sedang Allah- lah yang lebih berhak kamu takuti. Maka tatkala Zaid telah mengakhiri keperluan terhadap isterinya (menceraikannya), Kami nikahkan kamu dengan dia supaya tidak ada keberatan bagi orang-orang mukmin untuk (menikahi) isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu telah menyelesaikan keperluannya dari isterinya. Dan adalah ketetapan Allah itu pasti terjadi. " (QS. al-Ahzab: 37)
Pernikahan baginda dipenuhi dengan unsur politik dan usaha untuk menyebarkan kebaikan dan rahmat serta penghormatan nilai-nilai yang tinggi dan menggabungkannya di rumah kenabian. Sementara itu, Ummu Habibah binti Abu Sofyan bin Harb, pemimpin Quraisy dalam memerangi Islam, berhijrah bersama suaminya ke Habsyah.
Dia berhadapan dengan keterasingan dan kekhawatiran dalam membela agama ALLAH S.W.T. Kemudian suaminya mati meninggalkannya sendirian dalam menjalani kehidupan. Sikapnya yang mulia demi menegakkan ajaran Islam dan hanya menentang ayahnya merupakan nilai lebih yang menyebabkan Rasulullah S.A.W tertarik untuk menggabungkannya di rumah kenabian.
Pada suatu hari, Abu Sofyan menemuinya saat dia telah menjadi isteri Rasulullah S.A.W. Abu Sofyan ingin duduk di atas tempat tidur Nabi lalu Ummu Habibah berusaha menjauhkan tempat tidur itu dari ayahnya. Melihat sikap anaknya itu, ayahnya bertanya kepadanya: "Apakah engkau mulai membenciku?" Dengan penuh keberanian ia menjawab: "Ini adalah tempat tidur Rasulullah S.A.W dan engkau adalah seorang musyrik, maka engkau tidak boleh menyentuhnya."
Adapun Shofiyah binti Huyay adalah anak seorang raja Yahudi. Sedangkan Juwairiyah binti Haris, ayahnya seorang pemimpin kabilah Bani Musthaliq. Bani Musthaliq menelan kekalahan saat berhadapan dengan kaum muslim lalu kedua anak perempuan raja dan pemimpin kabilah itu jatuh menjadi tawanan. Pernikahan Nabi dengan kedua wanita itu terkesan dipaksa oleh orang-orang yang kalah itu dan sebagai ajakan agar kaum Muslim memperlakukan mereka dengan baik. Mula-mula kaum Muslim menolak untuk bersikap lembut terhadap ipar-ipar Nabi, namun Nabi dengan kelembutan sikapnya ingin menyingkap aspek kemanusiaan dalam peperangannya dan beliau mengisyaratkan kepada kaum Muslim agar mereka menunjukkan persaudaraan sesama manusia. Peperangan itu sendiri bukan sebagai tujuan namun ia sebagai usaha mempertahankan Islam dan aspek tertinggi dari Islam adalah rahmat dan cinta.
Jadi Nabi S.A.W menikahi wanita-wanita dari orang-orang yang kalah itu dengan maksud agar kebebasan dan kemuliaan kembali kepada keluarga mereka dan mereka dapat masuk Islam secara puas dan sukarela. Kemudian baginda menikah dengan Maryam al-Qibtiyah. Muqauqis telah memberikannya kepada Nabi sebagai budak di mana itu merupakan simbol tali kasih yang diisyaratkan oleh Al-Qur'an antara Islam dan Masihi dan sebagai bentuk hukum bagi kaum Muslim dengan dihalalkannya pernikahan dengan wanita-wanita ahlul kitab.
Maryam memberikan anak kepada Nabi S.A.W yang bernama Ibrahim, nama dari datuknya, bapak para nabi. Namun Ibrahim tidak hidup lama. Dia meninggal saat masih menyusu. Kematiannya merupakan ujian bagi Nabi dan sebagai isyarat dari Ilahi bahawa pewaris-pewaris Rasul dari kaum lelaki adalah para pengikut Al-Qur'an dan para pembawa Islam, bukan anak-anak dari sulbinya.
Salah jika ada orang yang membayangkan bahawa Rasul S.A.W mempunyai banyak waktu untuk mencari kesenangan meskipun halal. Kesenangan diperbolehkan bagi orang lain namun baginda lebih memilih untuk merasakan penderitaan berjihad, menegakkan hukum, dan kesabaran. Salah jika ada orang yang membayangkan bahawa Rasul S.A.W hidup di rumahnya dengan keadaan ekonomi yang lebih baik daripada orang yang termiskin dari kalangan Muslim di zamannya.
Kehidupan baginda di rumahnya penuh dengan kezuhudan yang luar biasa sehingga sebahagian isterinya mengeluhkan keadaan tersebut. Di antara mereka ada yang berasal dari keluarga yang kaya seperti keluarga Abu Bakar atau keluarga Umar bahkan sebahagian isterinya bersatu untuk meminta kepada baginda agar baginda menambah nafkah mereka sehingga Nabi meninggalkan isteri-isterinya, lalu tersebarlah isu yang menyatakan bahawa baginda telah menceraikan semua isterinya. Kemudian turunlah ayat Takhyir (yaitu ayat yang memberikan pilihan kepada isteri-isteri Nabi untuk tetap menjadi isteri beliau atau diceraikannya). Turunlah Al- Qur'an al-Karim memberikan pilihan pada isteri-isteri Nabi antara menjalani kehidupan di rumah kenabian dengan penuh kesederhanaan atau menerima perceraian. ALLAH S.W.T berfirman:
"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: 'Jika kamu sekalian mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya kuberikan kepadamu mut'ah dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik. Dan jika kamu sekalian menghendaki (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya serta (kesenangan) di negeri akhirat, maka Sesungguhnya Allah menyediakan siapa yang berbuat baik di antaramu pahala yang besar. " (QS. al-Ahzab: 28-29)
Selesailah fitnah. Demikianlah pergelutan di rumah Rasul S.A.W. Akhirnya, isteri-isteri baginda memilih kehidupan zuhud dan bersabar serta akhirat daripada kehidupan dunia. Permintaan isteri-isteri nabi tidak melebihi hal-hal yang bersifat mubah, namun Rasul S.A.W merupakan teladan bagi seluruh umat, kerana itu baginda harus menjadi teladan bagi umat sehingga baginda dapat menjadi cermin tertinggi yang layak dipikul oleh seorang yang memegang tampuk kepemimpinan Muslimin. ALLAH S.W.T telah membalas pengorbanan isteri-isteri Nabi S.A.W dalam bentuk mengangkat kedudukan mereka dan menjadikan mereka sebagai ibu dari kaum mukmin. ALLAH S.W.T berfirman:
"Nabi itu (hendaknya) lebih utama bagi orang-orang mukmin dari diri mereka sendiri dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka." (QS. al- Ahzab: 6)
Dan, sebagai penegasan terhadap keibuan spirituil ini, Islam mewajibkan hijab yang teliti kepada mereka, iaitu suatu hijab yang tidak diperlakukan seperti itu kepada Muslimah-Muslimah lain.

Comments
Post a Comment