AHMAD PAZIL MD ISA

NABI MUHAMMAD S.A.W - SALASILAH

 


SALASILAH NABI MUHAMMAD S.A.W

Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah


Ibu Nabi Muhammad S.A.W pula Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zuhrah bin Kilab 



TAHUN KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W TAHUN GAJAH


105 SURAH AL-FIIL 


[1] Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?

[2] Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?

[3] Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan, -

[4] Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras, -

[5] Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.


Tahun kelahiran Nabi Muhammad S.A.W disebut sebagai tahun Gajah kerana pada tahun itu telah datang pasukan tentera bergajah menyerang Kota Mekah. Selepas terjadinya peristiwa tersebut, junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W telah dilahirkan pada hari Isnin 12 Rabiul-Awal tahun Gajah.


Tentera bergajah diketuai oleh Abrahah yang berasal dari Habasyah(Ethiopia). Abrahah sangat ditakuti oleh orang-orang Arab disebabkan kebengisan beliau. Beliau mempunyai sifat yang sungguh angkuh. Disebabkan dengkinya dengan Kaabah, beliau telah membina satu gereja yang begitu tinggi di Yaman yang dinamakan Qullais. Keinginan beliau tidak lain hanya ingin menarik perhatian manusia supaya beralih pergi ke Yaman.


Abrahah berharap Qullais dapat mengalahkan pengaruh Kaabah yang menjadi tumpuan di waktu itu. Beliau terus menyiapkan sebuah pasukan besar dengan membawa ratusan ekor gajah lalu berangkat sendiri memimpin pasukannya menuju ke Mekah. Sepanjang laluan ke Mekah, Abrahah telah bertindak memusnahkankan setiap perkampungan yang ditempuhi. Seluruh masyarakat Arab jadi takut dan cuba melarikan diri dari terserempak dengan laluan Abrahah yang sedang mara ke Kota Mekah. Jelas betapa jahatnya Abrahah ketika itu.


Ada soalan yang timbul:


"Kenapa Abrahah bawa gajah, bukan bawa kuda untuk serang Kota Mekah?"

Jawapannya, Abrahah ini jenis orang yang bersikap takabbur dan angkuh. Beliau ingin tunjukkan kepada masyarakat Arab tentang konon betapa kuat dan hebatnya beliau.


Apabila sampai ke satu tempat di luar kota Mekah, ketika beliau sedang berehat disuruhnya beberapa orang pergi ke Kota Mekah untuk memberitahu penduduk Mekah akan kemaraan mereka ke sana. Tapi sebahagian dari orang2 tersebut tidak mendengar kata sebaliknya bila sampai di Mekah telah mencuri dan merompak harta orang-orang Mekah termasuklah kambing kepunyaan Abdul Mutalib salah seorang darinya.


Abdul Mutalib lalu pergi berjumpa Abrahah untuk meminta dipulangkan kembali kambingnya. Sebaliknya Abrahah dengan bongkaknya telah bertanya balik apakah Abdul Mutalib tidak merasa gerun dan takut terhadap keinginannya yang akan cuba membinasakan kaabah. Abdul Mutalib menjawab, "...kambing itu memang kepunyaanku tetapi Kaabah itu ada tuannya... Pemiliknya ialah Allah..." Jelas menunjukkan betapa kuatnya hati Abdul Mutalib yang berani mengatakan ini kepada Abrahah yang terkenal bengis.


Abrahah dengan angkuhnya lalu meneruskan misi menyerang kota Mekah dengan tentera bergajahnya. Dia merasakan dia lah yang paling kuat tetapi Allah telah mengatakan pada orang yang baca surah Al-Fiil:


Allah telah datangkan kepada mereka burung-burung yang berpuak-puak. 


Allah utuskan berpuak-puak burung untuk tewaskan tentera bergajah. Ini pengajaran terhadap sifat bongkak Abrahah bila Allah hantar burung-burung untuk tewaskan gajah yang bersaiz besar.


Jelas bahawa barangsiapa yang tawadduk, maka dia akan ditinggikan oleh Allah, sebaliknya barangsiapa yang merasa dirinya takabbur, maka mereka akan direndahkan oleh Allah Taala.


Setiap burung itu membawa tiga biji batu. Dibalingnya ke atas mereka batu2 itu yang berasal dari neraka. Burung itupun semestinya bukan sebarang jenis burung. Tidak ada seorangpun yang tersisa dari buruan burung-burung tersebut. Apabila dilontar batu pada tentera bergajah maka menjadilah mereka seperti daun-daun yang dimakan ulat.



KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W


Nabi Muhammad S.A.W lahir pada hari Isnin, tanggal 12 Rabiul Awal tahun Gajah bertepatan dengan 570 atau 571 M. Nabi Muhammad S.A.W lahir dalam keadaan yatim. Ayah beliau yang bernama Abdullah bin Abdul Muthalib meninggal saat Rasulullah S.A.W masih berada dalam kandungan ibu baginda, Aminah binti Wahab.


Bapa Nabi Muhammad S.A.W meninggal semasa berdagang di Madinah yang bernama Yatsrib. Abdullah meninggalkan harta lima ekor unta, sekawanan biri-biri dan seorang budak perempuan digelar Ummu Aiman iaitu hamba perempuan Abdullah.


Baginda diberikan nama Muhammad yang belum pernah diberi kepada sesiapa. Nabi Muhammad S.A.W pertama sekali disusukan oleh Thuwaibah iaitu hamba perempuan Abu Lahab seterusnya menunggu kehadiran wanita dari Banu Sa’ad. Adat menyusu menjadi kebiasaan kepada bangsawan-bangsawan Arab di Mekah. 


Halimah binti Abu Zuaib Sa’diah merupakan wanita yang seterusnya harus menyusukan Nabi Muhammad S.A.W namun berpendapat pada mulanya enggan kerana Nabi Muhammad S.A.W merupakan anak yatim. Namun begitu, beliau membawa pulang Nabi Muhammad S.A.W ke pedalaman dan sejak menjaga Nabi Muhammad S.A.W, binatang-binatang ternakan Halimah seperti kambing tidak putus mengeluarkan susu sehingga melimpah. Nabi Muhammad S.A.W tinggal di Sahara bersama keluarga Halimah selama 2 tahun. Setelah 2 tahun, Nabi Muhammad S.A.W kembali kepada ibu kandungnya Aminah dan dibawa pulang kembali oleh Halimah ke pedalaman untuk dijaga. 


Pada usia 5 tahun, Nabi Muhammad S.A.W didatangi oleh 2 malaikat yang ditugaskan untuk membedah Nabi Muhammad S.A.W untuk membuang bahagian jahat yang wujud di dalamnya. Halimah dan suaminya tidak menyedari hal ini kecuali anak kandung mereka yang seusia dengan Nabi Muhammad S.A.W. Mereka memberitahu ibunya, bahawa Nabi Muhammad S.A.W dibedah lalu diperiksa dan tiada tanda-tanda kecederaan aneh di badan Nabi Muhammad S.A.W. Nabi Muhammad S.A.W dijaga oleh Halimah selama 5 tahun dengan penuh kasih sayang dan kemudiannya dibawa pulang oleh datuknya Abdul Mutalib.



KEWAFATAN IBU NABI MUHAMMAD S.A.W


Pada suatu hari, ibu Nabi Muhammad S.A.W iaitu Aminah binti Wahab membawa Nabi Muhammad S.A.W bertemu dengan saudara maranya dan ditemani oleh Ummu Aiman. Nabi Muhammad S.A.W ditunjukkan tempat bapanya wafat dan dikuburkan. Rombongan Aminah pulang semula ke Mekah dengan menaiki dua ekor unta. Ketika sampai di Al-Abwa, ibu Nabi Muhammad S.A.W ditimpa sakit dan meninggal dunia di sebuah kampung yang terletak diantara Mekah dan Madinah. Nabi Muhammad S.A.W berasa sedih dengan pemergian ibunya dan dibawa pulang ke Mekah oleh Ummu Aiman. 


Maka Muhammad menjadi anak yatim piatu. Seterusnya, tinggallah Nabi Muhammad S.A.W dengan datuk dan saudara maranya ayahnya, tetapi kesedihan menyebulungi Nabi Muhammad S.A.W kerana datuknya pula meninggal dunia dan ketika itu Muhammad baru berusia 8 tahun. Kematian Abdul Mutalib adalah satu kehilangan besar bagi Bani Hasyim. Abdul Mutalib seorang yang mempunyai keteguhan hati, pandangan yang luas, berwibawa dan berpengaruh dikalangan orang Arab. Setelah Abdul Mutalib meninggal dunia, Abu Talib iaitu bapa saudara Nabi Muhammad S.A.W mengambil alih untuk menjaga Nabi Muhammad S.A.W. Abu Talib merupakan seorang yang mempunyai perasaan halus dan terhormat di kalangan orang-orang Quraisy. 


Ketika Nabi Muhammad S.A.W meningkat remaja dan berkembang menjadi dewasa, Nabi Muhammad S.A.W mempelajari ilmu perniagaan. Nabi Muhammad S.A.W sering menemani Abu Talib berdagang ke arah utara. Kejujuran dan sifat Abu Talib dipercayai oleh agen penjual perantara barang dagangan penduduk Mekah. Pada suatu ketika semasa berdagang di negeri Syam dan ketika itu Muhammad berusia 12 tahun, mereka bertemu dengan pendeta Nasrani yang bernama Buhaira iaitu seorang mantan Yahudi. Buhaira dapat melihat tanda-tanda kenabian Nabi Muhammad S.A.W lalu menasihati Abu Talib supaya tidak pergi jauh ke daerah Syam kerana ditakuti orang-orang Yahudi menyakiti Nabi Muhammad S.A.W jika mendapat tahu tanda-tanda kenabian Nabi Muhammad S.A.W. Ketika usia Nabi Muhammad S.A.W 15 tahun, Nabi Muhammad S.A.W terlibat dalam peperangan Fijar. Baginda menyertai peperangan dan berperanan mengumpulkan anak panah. 



KEMUNCULAN KHADIJAH ISTERI NABI MUHAMMAD S.A.W


Setelah Nabi Muhammad S.A.W meningkat dewasa, sifat Nabi Muhammad S.A.W yang jujur dan dapat dipercaya telah menarik perhatian seorang wanita janda yang bernama Khadijah ketika berdagang. Sebagai pedagang, baginda sering mengirim barang dagangan ke berbagai pelosok daerah di tanah Arab. Khadijah merupakan seorang wanita yang berstatus tinggi di kalangan suku Arab. 


Reputasi Nabi Muhammad S.A.W membuatkan Khadijah mempercayai ilmu dagangan Nabi Muhammad S.A.W lalu mempercayakannya untuk mengatur barang dagangan Khadijah. Ketika Nabi Muhammad S.A.W berusia 25 tahun, baginda bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah dan ditemani oleh Maisarah yang merupakan lelaki suruhan Khadijah. Pada suatu ketika, Nabi Muhammad S.A.W jatuh cinta kepada Khadijah yang sudah berumur 40 tahun, lantas Nabi Muhammad S.A.W bersama-sama Abu Talib dan bersama saudara maranya berjumpa dengan Amru bin Asad iaitu bapa saudara Khadijah untuk meminang Khadijah. Mas kahwin yang dikenakan sebanyak 500 dirham. Perbezaan umur antara Nabi Muhammad S.A.W dan Khadijah tidak menjadi penghalang kasih sayang antara mereka. 


Meskipun kekayaan yang dimiliki Nabi Muhammad S.A.W bertambah pesat, namun Nabi Muhammad S.A.W tetap hidup sebagai orang yang bersederhana dan memilih menggunakan hartanya ke arah hal-hal yang penting. 


Ketika Nabi Muhammad S.A.W berusia 35 tahun, banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah. Selain itu, berlakunya perdebatan antara pemimpin-pemimpin Quraisy untuk meletakkan “Hajarul Aswad” ke tempat asal. Nabi Muhammad S.A.W yang kemudiannya melihat perdebatan tersebut menyelesaikan masalah mereka dengan memegang setiap bucu kain di samping mengangkatnya dan meletakkannya ke tempat asal. Masalah dapat diselesaikan dengan adil dan pada saat itu, Muhammad dikenali dikalangan suku-suku Arab kerana kebijaksanaannya menyelesaikan masalah dan sifat-sifat terpujinya.


Comments