Solat adalah salah satu rukun daripada Rukun Islam yang 5. Dalam al Quran dinyatakan kepada setiap orang beriman untuk menunaikan solat. Dalam Islam solat yang wajib adalah Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya dengan Subuh 2 rakaat sahaja, Maghrib 3 rakaat dan Zuhur, Asar dan Isya 4 rakaat. Dibawah adalah nas daripada alQuran tuntutan kepada solat
Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada
waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar),
dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.
(2:238)
Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan
umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang
berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan
(terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang
demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.
(11:114)
Dirikanlah olehmu sembahyang ketika terbenam matahari hingga
waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya sembahyang
subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya). (17:78)
Oleh itu, bersabarlah engkau (wahai Muhammad) akan apa yang
mereka katakan, dan beribadatlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit
dan sebelum terbenamnya; dan beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam dan
pada sebelah-sebelah siang; supaya engkau reda (dengan mendapat sebaik-baik
balasan). (20:130)
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu
dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu
(sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang
subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan
sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah
aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga
masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada
kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang
lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan
hukum-hukumNya); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(24:58)
(Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka bertasbihlah
kepada Allah semasa kamu berada pada waktu malam dan semasa kamu berada pada
waktu subuh.Serta pujilah Allah yang berhak menerima segala puji (dari
sekalian makhlukNya) di langit dan di bumi, dan juga (bertasbihlah kepadaNya
serta pujilah Dia) pada waktu petang dan semasa kamu berada pada waktu zuhur.
(30:17-18)
(Setelah engkau mengetahui perihal Nabi Musa dan umatnya)
maka bersabarlah (wahai Muhammad, dalam perjuangan menegakkan Islam);
sesungguhnya janji Allah (untuk menjayakanmu) adalah benar. Dan pohonlah ampun
bagi salah silapmu, serta bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu pada waktu pagi
dan petang. (40:55)
Oleh itu bersabarlah (wahai Muhammad) akan apa yang
dikatakan oleh mereka (yang menentangmu itu), dan bertasbihlah sambil memuji
Tuhanmu (terutama) sebelum terbit matahari dan sebelum matahari terbenam.Serta bertasbihlah kepadaNya pada malam hari dan sesudah
mengerjakan sembahyang. (39-40)
Comments
Post a Comment