Apakah rukun solat yang wajib diketahui?
Panduan ini akan menunjukkan kepada anda mengenai rukun solat, perkara yang membatalkan solat, dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.
Anda WAJIB tahu kerana:
— Jika anda tertinggal salah satu rukun solat, maka solat anda tidak sah.
Maksud atau Makna Rukun
Rukun dari segi bahasa bermakna juzuk atau tiang bagi sesuatu.
Oleh itu, secara mudahnya, rukun solat solat bermaksud perbuatan-perbuatan yang tersusun dimana solat tidak akan lengkap dan tidak sah tanpanya.
Contohnya:
Kita tidak melakukan takbiratul ihram (rukun), maka solat kita tidak sah kerana rukun solat kita tidak lengkap.
Rukun Solat Yang Wajib Diketahui
Apabila kamu bangun untuk solat, sempurnakanlah wuduk, kemudian hadaplah ke kiblat lalu bertakbir. Kemudian bacalah apa yang mudah daripada al-Quran. Kemudian rukuklah sehingga kamu rukuk dengan tamakninah. Kemudian bangunlah sehingga kamu berdiri tegak. Kemudian sujudlah sehingga kamu sujud dengan tamakninah. Kemudian bangkitlah sehingga kamu duduk dalam tamakninah. Kemudian sujudlah sehingga kamu sujud dalam tamakninah. Kemudian bangkitlah sehingga kamu duduk dengan tamakninah
— Riwayat Bukhari
Pendapat yang rajih (kuat) dan mu’tamad (yang dipegang) dalam mazhab Syafi’e terdapat 13 perkara yang menjadi rukun solat.
Tidak dikatakan berniat apabila hanya lidah yang melafazkan, tetapi tidak diikuti dengan mengingat di dalam hati.
Niat solat perlu dihadirkan di dalam hati ketika mengangkat takbiratul ihram. Sekurang-kurangnya niat itu merangkumi tiga perkara:
Qasad (ﻗﺼﺪ) iaitu solat semata-mata.Ta’arudh (ﺗﻌﺮﺽ) iaitu jenis fardhuTa’yin (ﺗﻌﻴﻴﻦ) iaitu menentukan waktu solat yang hendak didirikan sama ada Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib atau Isyak. Contohnya apabila seseorang hendak mendirikan solat Zuhur, memadai dia berniat “Sahaja aku solat fardu Zuhur”
Rukun solat mesti diketahui dan dilaksanakan dalam solat.
Solat tidak sah apabila tertinggal mana-mana satu rukun.
13 rukun solat tersebut adalah:
Niat
Niat ialah lintasan atau ingatan di dalam hati mahu mengerjakan solat itu.
Tidak dikatakan berniat apabila hanya lidah yang melafazkan, tetapi tidak diikuti dengan mengingat di dalam hati.
Niat solat perlu dihadirkan di dalam hati ketika mengangkat takbiratul ihram.
Sekurang-kurangnya niat itu merangkumi tiga perkara:
- Qasad (ﻗﺼﺪ) iaitu solat semata-mata.
- Ta’arudh (ﺗﻌﺮﺽ) iaitu jenis fardhu
- Ta’yin (ﺗﻌﻴﻴﻦ) iaitu menentukan waktu solat yang hendak didirikan sama ada Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib atau Isyak. Contohnya apabila seseorang hendak mendirikan solat Zuhur, memadai dia berniat “Sahaja aku solat fardu Zuhur”
Maksud berdiri dengan betul adalah berdiri tegak lurus iaitu tulang belakang tegak dengan dada menghadap kiblat.
Sunat menundukkan sedikit kepala dan memandang ke tempat sujud.
Untuk yang tidak mampu berdiri dengan betul kerana cacat, bongkok atau sakit, boleh menunaikan solat mengikut cara yang termampu oleh mereka.
Solatlah dengan berdiri, sekiranya tidak mampu maka dengan duduk, sekiranya tidak mampu, maka dengan berbaring
— Riwayat Bukhari, Ahmad, Ibnu Majah dan Abu Dawud
Takbiratul ihram adalah melafaz “Allahuakbar” untuk memulakan solat dengan suara yang dapat didengar sekurang-kurangnya oleh diri sendiri.
Lafaz ini tidak boleh ditukar dengan lafaz lain atau dilafazkan dalam bahasa lain selain bahasa arab.
Lafaz ini juga perlu dibuat dalam satu nafas sambil memasang niat.
Anak kunci solat ialah berwuduk, yang mengharamkan perlakuan yang dihalalkan sebelum solat ialah takbir dan yang menghalalkannya ialah salam.
— Riwayat Ahmad, Tirmizi dan Abu Dawud
DOA IFTITAH
4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH
Surah al-Fatihah wajib dibaca ketika berdiri pada setiap rakaat solat dengan tajwid yang betul.
Tidak (sah) solat bagi seseorang yang tidak membaca Fatihatul Kitab (surah al-Fatihah).
— Riwayat Bukhari
5. RUKUK
Rukuk ialah membongkokkan badan dan kepala ke hadapan sehingga sama rata dengan punggung.
Kedua-dua telapak tangan dilekapkan pada kedua-dua kepala lutut.
Sunat berdoa atau bertasbih sewaktu rukuk.
Sekiranya tidak tahu berdoa atau bertasbih, cukup diam seketika sekadar masa membaca sekali “Subhanallah”.
Berada dalam keadaan tersebut dinamakan tamakninah.
Tamakninah dalam bahasa mudah bawa maksud BERTENANG.
Ibarat memandu kenderaan, waktu di simpang hentikan kereta sepenuhnya sebelum bergerak semula.
Selagi kenderaan itu masih bergerak, tidaklah dikira tamakninah
Iktidal
Iktidal ialah berdiri tegak selepas rukuk.
Perlu ada tamakninah dalam keadaan berdiri tegak sebelum beralih ke rukun solat seterusnya.
Kadar tamakninah sama seperti rukuk, iaitu kadar sekali nafas atau kadar menyebut “subhanallah”.
Allah tidak akan memerhatikan solat seorang hamba yang tidak menegakkan punggungnya di antara rukuk dan sujudnya
— Riwayat Ahmad
Sujud ialah merendah dan tunduk.
Sujud yang minimum adalah meletakkan dahi yang terdedah ke tempat solat.
Tapak tangan dilekapkan rata pada tempat sujud bersetentang dengan bahu.
Sujud dilakukan dua kali untuk setiap rakaat.
Sujud yang sempurna adalah dengan meletakkan semua tujuh anggota sujud di atas lantai.
Anggota sujud adalah:
- Dahi
- Kedua-dua tapak tangan
- Kedua-dua lutut
- Kedua-dua kaki
Sunat meletakkan hidung ketika sujud.
Sujud wajib dilakukan dengan tamakninah.
Duduk antara dua sujud ialah duduk sebentar selepas sujud pertama sebelum melakukan sujud yang kedua dalam setiap rakaat.
Sujud ini juga perlu dilakukan dengan tamakninah.
Duduk ini juga dilakukan secara iftirasy iaitu membaringkan tapak kaki kiri dan duduk diatasnya sementara tapak kaki kanan ditegakkan dengan anak-anak jari dihadapkan ke kiblat.
Kedua-dua tapak tangan diletakkan di atas kedua-dua paha dengan hujung jari berada hampir dengan pangkal lutut.
Duduk tahiyat akhir ialah duduk ketika membaca tahiyat akhir sebelum memberi salam.
Duduk ini dilakukan secara tawarruk dan kedua-dua tangan diletakkan di atas paha.
Tahiyat akhir dibaca ketika duduk tahiyat akhir.
Tahiyat atau ucapan penghormatan ini merangkumi dua sebutan iaitu:
Membaca selawat ke atas Rasulullah SAW
Bacaan selawat ke atas Rasulullah SAW yang menjadi rukun solat adalah semasa duduk tahiyat akhir iaitu selepas melafazkan dua kalimah syahadah:
Memberi salam adalah penutup solat.
Sekurang-kurangnya dengan lafaz “Assalamualaikum”
Tertib
Setiap rukun solat wajib dilaksanakan dengan tertib iaitu mengikut turutan.
Hal ini terkecuali untuk rukun yang dilakukan serentak seperti takbiratul ihram bersama niat, berdiri tegak bersama membaca al-Fatihah dan duduk tahiyat akhir semasa membaca tahiyat, tasyahud dan selawat.
https://akuislam.com/blog/ibadah/rukun-solat/

















Comments
Post a Comment